Rangka Tindakan Perdagangan Nasional Dilancarkan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia menerusi ekosistem perniagaan yang lebih baik.

Rangka tindakan itu menggariskan strategi dan inisiatif pembangunan lima tahun (2021-2025) untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia, khususnya dalam eksport barang dagangan.

Perdana Menteri berkata, pelan hala tuju dengan lapan teras strategik dan 40 cadangan itu menyediakan peluang untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa.

Beliau berkata, ia juga menangani perubahan struktur yang diperlukan untuk sektor eksport berkembang maju menerusi pengukuhan kemudahan perdagangan, logistik, pematuhan standard, akses pasaran, kemampanan, pendigitalan dan teknologi, pelaburan dan penjenamaan.

Katanya, cadangan itu akan dilaksanakan oleh lapan kumpulan kerja yang terdiri daripada pakar dari sektor awam dan swasta.

“Rangka tindakan ini mencerminkan cita-cita jelas kerajaan untuk memajukan lagi kedudukan dan daya saing Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.

“Yang lebih penting, rangka tindakan ini ditetapkan untuk melengkapkan dasar yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ke arah mencapai sasaran dengan cadangan jelas, boleh dilaksanakan dan berfokus,” katanya pada pelancaran secara maya itu.

Hadir sama, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Ismail Sabri berkata, rangka tindakan itu juga melengkapkan dasar dan pelan induk lain, ke arah matlamat utama iaitu rangka kerja eksport yang lebih baik.

Beliau berkata, ia sejajar dengan landskap perdagangan dan keperluan komuniti perniagaan semasa.

Katanya, rangka tindakan itu memerlukan pelaksanaan berkesan terhadap cadangan yang digariskan untuk meningkatkan daya saing perdagangan.

“Saya percaya pelaksanaan rangka tindakan, yang membabitkan kerjasama dan komitmen yang jitu daripada pelbagai kementerian, agensi dan sektor swasta dalam ekosistem perniagaan, akan membawa kejayaan.

“Rangka tindakan ini akan meningkatkan daya saing perdagangan negara dan mengukuhkan kedudukan sebagai negara pengeksport terkemuka,” katanya. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan...