Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

DAP Amal Pemerintahan Kuku...

ALOR SETAR - Tindakan 182 anggota DAP di Melaka keluar parti baru-baru ini,...

Pemilik Instagram ‘Safieyillias94’ Ditahan...

KAJANG - Pemilik akaun Instagram (IG) safieyillias94 yang juga pengasas produk kosmetik ditahan...

‘Jangan Banding Gaun Saya...

BARU-BARU ini, gaun perkahwinan pelakon Anzalna Nasir telah memenangi undian tertinggi apabila dibandingkan...

Malaysia-Thai Bincang Bina Tembok...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Thailand masih berbincang untuk mengenal pasti lokasi sesuai...

RASMI: Sah! BN Tawan Melaka, Proses Penjumlahan Undi Masih Berlangsung

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan sekurang-kurangnya mendapat 15 kerusi DUN majoriti mudah.

Bagaimanapun, angka itu dijangka bertambah selepas proses penjumlahan rasmi undi dimuktamadkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media hari ini.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 9.42 malan, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi dari 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Dengan jumlah kerusi yang dimenangi itu, mereka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan kekuatan sendiri, sekali gus memberi tamparan kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di DUN Tanjung Bidara, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menumpaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin mewakili PN.


Rauf menang selepas memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat dari PN itu, yang memperoleh 3,195 undi, sementara PH, 489 undi.

Calon Ketua Menteri dari BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di DUN Lendu dengan majoriti 3,104 undi apabila menerima 4,486 undi.

Beliau menewaskan calon PN Abdullah Mahadi yang mendapat 1,382 undi, manakala calon PH Mohamad Asri Ibrahim meraih 1,155 undi.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori