Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka!...

KUALA LUMPUR - "Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan depan...

Pilihan Raya: Semua Bahagian...

PENAMPANG - Majlis tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengarahkan semua bahagian...

Hot Mama! Daphne Iking...

NAMA Daphne Iking tidak perlu diperkenalkan lagi, malah dia merupakan di antara pengacara...

Hutan Negara Masih Punyai...

PUTRAJAYA - Hutan tropika negara masih banyak lagi yang boleh diterokai bagi menambah...

Renminbi Bukan Lagi Mata Wang Manipulator

WASHINGTON – Amerika Syarikat telah menarik semula dakwaannya yang menyifatkan mata wang China sebagai manipulator apabila kedua-dua negara bersiap sedia untuk menghentikan perang perdagangan.

Amerika Syarikat berkata, ia membuat perubahan itu kerana China telah bersetuju untuk menangani penyusutan nilai yuan daripada susut nilai bagi menjadikan barang sendiri lebih murah kepada pembeli asing.

Washington dan Beijing dijangka menandatangani perjanjian “fasa pertama” minggu ini.

Perjanjian itu bertujuan menangani perang tarif antara kedua-dua negara sejak tahun 2018.

“China telah memberi komitmen untuk menahan penurunan nilai kompetitif, sambil mempromosikan ketelusan dan akauntabiliti,” kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump telah berulang kali menuduh China membenarkan nilai renminbi jatuh supaya barang-barang China lebih murah.


Tetapi, pada hari Isnin, Amerika Syarikat berkata, nilai renminbi telah naik sejak bulan Ogos.

Mnuchin juga mengatakan bahawa China telah membuat “komitmen yang boleh dikuatkuasakan” untuk mengelakkan daripada penurunan nilai dan berkongsi lebih banyak maklumat tentang kadar pertukarannya.

“Dalam konteks ini, Perbendaharaan telah memperakui China tidak seharusnya lagi ditetapkan sebagai manipulator mata wang pada masa ini,” kata Perbendaharaan. – Agensi

Kategori