Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Penerbangan Ihsan JBPM Selamatkan...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan seorang remaja Orang...

PKP Fasa Kedua Tempoh...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula hari...

Perlu Kerjasama Banteras Guna...

KUALA LUMPUR - Semua pihak berkepentingan dalam industri sukan negara digesa berganding bahu...

Isu Pembalakan Di Janda...

BENTONG - Perbincangan menyeluruh melibatkan jabatan dan kementerian relevan akan diadakan bagi mencari...

Restoran Milik Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

RESTORAN milik pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor telah diserbu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), malam tadi.

Memetik sumber, Mynewshub difahamkan premis berkenaan diserbu oleh sekumpulan anggota penguat kuasa kerana dikatakan tidak mematuhi peraturan yang digariskan.

Dalam serbuan tersebut, beberapa peralatan termasuk meja restoran yang terletak di kaki lima berhadapan dengan premis itu telah dirampas kerana didapati menghalang laluan.

Pun begitu, Aliff dalam rakaman langsung menerusi Instagram miliknya menjelaskan restoran berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan mengakui sangat kecewa dengan tindakan tersebut.


Sementara itu, menurut jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang berlaku dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori