Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kaji Semula Tempoh Masa...

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga...

VIDEO: Makcik ‘Sound’ Remaja...

Kalau anda sangka makcik-makcik bertudung di Malaysia sahaja yang sakit mata melihat pakaian...

Video: Pekerja Asing Jadi...

SEORANG pekerja asing mendapat perhatian meluas di Internet selepas menjadi hero dengan menyelamatkan...

Shahidan Mengaku Tak Bersalah...

KANGAR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku...

Restoran Pyongyang ‘Lubuk’ Ejen Korea Utara 20 Tahun

KUALA LUMPUR – Kewujudan sebuah restoran Korea Utara di Jalan Imbi, di ibu kota mencetuskan persoalan kemungkinan ia menjadi ‘lubuk berkumpul’ ejen perisik negara komunis itu di Malaysia.

Perkara cukup mengejutkan banyak pihak itu didedahkan agensi berita AsiaOne milik pemerintah Singapura yang mendakwa restoran tunggal Korea Utara di negara ini dijadikan tempat pertukaran maklumat rahsia pengintipan.

Ejen perisik Korea Utara didakwa menjadikan Restoran Pyongyang yang beroperasi di kawasan Bukit Bintang itu sebagai lokasi selamat mereka dan premis makanan tersebut turut memiliki cawangan di sejumlah 130 buah negara.

Agensi media di bawah firma Singapore Press Holdings yang turut menerbitkan akhbar berpengaruh The Straits Times di republik itu mendakwa, aktiviti haram pengintip tersebut dikesan sudah lama berlaku lebih 20 tahun lalu.

Malah perisik Korea Utara begitu aktif menjadikan Restoran Pyongyang di sini selain cawangannya di Fusionopolis, Queenstown, Singapura dan Kelapa Gading, Jakarta Utara, Indonesia sebagai tempat berkumpul sejak dua dekad.

Restoran Pyongyang 'Lubuk' Ejen Korea Utara 20 Tahun

Pendedahan AsiaOne itu susulan insiden pembunuhan misteri Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di Sepang pada 13 Februari lalu.

Dianggarkan ada kira-kira 1,000 rakyat Korea Utara tinggal di Malaysia sama ada bekerja atau belajar, sebahagian besarnya di Lembah Klang dan mereka sering menjadikan restoran tersebut sebagai lokasi pertemuan santai.

Selain memiliki 100 buah cawangan di negara jirannya, China, Restoran Pyongyang yang bersempena nama ibu kota Korea Utara itu turut ada premisnya di Mongolia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Bangladesh dan Nepal.

Restoran tersebut diwujudkan awal 1990-an disebabkan krisis ekonomi Korea Utara dan kejatuhan Kesatuan Soviet selain hubungan tegang dengan China memaksa rejim Pyongyang menubuhkan Biro 39 untuk mencari dana sendiri.


Ekoran pendedahan itu, pihak polis Indonesia dilaporkan sedang menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung dakwaan penglibatan aktif Restoran Pyongyang di pusat bandar raya Jakarta dalam aktiviti perisikan Korea Utara.

Restoran Pyongyang 'Lubuk' Ejen Korea Utara 20 Tahun

Akhbar Jakarta Post melaporkan, jurucakap polis, Komander Argo Yuwono berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi meneliti pendedahan AsiaOne mengenai kegiatan ‘bawah tanah’ di restoran asing tersebut.

“Kita perlu kenal pasti terlebih dahulu apa perniagaan mereka dan siapa pemiliknya. Terdapat peraturan berlainan bagi perniagaan dipunyai warga Indonesia dan yang memang dimiliki rakyat asing,” katanya kepada pihak media.

Menurut sumber perisikan, operasi ejen pengintip Pyongyang di Indonesia dipercayai jaringan terbesar di luar Korea Utara dengan Malaysia dan Singapura turut menjadi pilihan utama Reconnaissance General Bureau (RGB).

Untuk rekod, RGB merupakan agensi perisikan Korea Utara yang beroperasi secara rahsia di seluruh dunia yang memiliki enam biro termasuk perang siber dan penyusupan ke Korea Selatan serta pembunuhan individu tertentu.

Bagi elak operasi jahat mereka di Malaysia dan Singapura ‘bocor’, ada kalangan ejen menyamar menjadi jurutera dan perunding teknikal dalam industri pembinaan selain perniagaan sah tertentu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori