MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa penceramah bebas terkenal Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sebenarnya ialah seorang ahli MCA, parti komponen utama kaum Cina di Malaysia dalam Barisan Nasional (BN).
Pada Isnin, beliau atau nama asalnya, Tee Chuan Seng bertindak nekad mengumumkan menerusi laman web Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bahawa dirinya ‘keluar’ daripada MCA, parti yang disertainya pada tahun 2000 lalu.
Tindakan drastik itu dilakukan beliau sebagai tanda protes terhadap pendirian MCA yang terus-menerus menentang hukum Hudud walaupun pelaksanaan undang-undang Syariah itu hanya eksklusif untuk umat Islam semata-mata.
Beliau turut mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin MCA lain meletak jawatan jika usul persendirian yang asalnya dibentang demi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah diluluskan Parlimen.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āSiapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga. Saya tidak mahu menanggung dosa dalam sebuah parti jelas memusuhi Islam,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ kata Ridhuan yang merupakan ahli seumur hidup MCA seperti disiarkan oleh portal ISMA itu.
Beliau dilaporkan sanggup menyertai MCA hampir dua dekad lalu untuk membuktikan dirinya kekal ‘tegar’ sebagai seorang kaum Cina sejati walaupun telah lama memeluk agama Islam berbanding menjadi ahli UMNO itu sendiri.
Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2013 serta penerima anugerah Maal Hijrah di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak itu juga merupakan ahli dalam Majlis Dakwah Negara selain pelbagai organisasi Islam lain.
Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) itu memberitahu portal berita MalayMail Online bahawa keputusan beraninya itu adalah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
“Saya setia dengan menjadi ahli tetap MCA hampir 20 tahun tetapi beginikah cara mereka layan terhadap umat Islam. Ini nyata amat mengecewakan diri saya dan saya tidak akan ubah pendirian saya ini,” tegas Ridhuan lagi.
Khamis lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkanĆāĆĀ Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bakal dibahaskan pada sesi sidang Parlimen Oktober depan.
Usul persendirian untuk Akta 355 itu kemudian dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman sebelum disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu malah menjelaskan usul itu bukan hukum Hudud seperti dimomokkan oleh pihak tertentu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA