Ridhuan Tee Keluar MCA, Protes Usul Hadi Diperlekeh

MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa penceramah bebas terkenal Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sebenarnya ialah seorang ahli MCA, parti komponen utama kaum Cina di Malaysia dalam Barisan Nasional (BN).

Pada Isnin, beliau atau nama asalnya, Tee Chuan Seng bertindak nekad mengumumkan menerusi laman web Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bahawa dirinya ‘keluar’ daripada MCA, parti yang disertainya pada tahun 2000 lalu.

Tindakan drastik itu dilakukan beliau sebagai tanda protes terhadap pendirian MCA yang terus-menerus menentang hukum Hudud walaupun pelaksanaan undang-undang Syariah itu hanya eksklusif untuk umat Islam semata-mata.

Beliau turut mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin MCA lain meletak jawatan jika usul persendirian yang asalnya dibentang demi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah diluluskan Parlimen.

“Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga. Saya tidak mahu menanggung dosa dalam sebuah parti jelas memusuhi Islam,” kata Ridhuan yang merupakan ahli seumur hidup MCA seperti disiarkan oleh portal ISMA itu.

Beliau dilaporkan sanggup menyertai MCA hampir dua dekad lalu untuk membuktikan dirinya kekal ‘tegar’ sebagai seorang kaum Cina sejati walaupun telah lama memeluk agama Islam berbanding menjadi ahli UMNO itu sendiri.

Ridhuan Tee Keluar MCA, Protes Usul Hadi Diperlekeh
Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2013 serta penerima anugerah Maal Hijrah di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak itu juga merupakan ahli dalam Majlis Dakwah Negara selain pelbagai organisasi Islam lain.

Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) itu memberitahu portal berita MalayMail Online bahawa keputusan beraninya itu adalah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.


“Saya setia dengan menjadi ahli tetap MCA hampir 20 tahun tetapi beginikah cara mereka layan terhadap umat Islam. Ini nyata amat mengecewakan diri saya dan saya tidak akan ubah pendirian saya ini,” tegas Ridhuan lagi.

Khamis lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bakal dibahaskan pada sesi sidang Parlimen Oktober depan.

Usul persendirian untuk Akta 355 itu kemudian dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman sebelum disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu malah menjelaskan usul itu bukan hukum Hudud seperti dimomokkan oleh pihak tertentu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...