Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warkah Isteri Zahid Minta...

KUALA LUMPUR - Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr. Ahmad...

3 Warga Indonesia Antara...

SHAH ALAM - Polis menumpaskan satu sindiket pecah rumah dengan penahanan tiga suspek...

Kembara Kerjaya Tawar 3,400...

JOHOR BAHARU - Sebanyak 3,400 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat negeri ini dalam...

Kain Rentang BN Di...

TUMPAT - Perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab merosakkan kira-kira 20 kain rentang Barisan...

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$101.4 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.4 bilion pada 14 Dis, menyusut daripada US$102.0 bilion pada dua minggu sebelum ini.

Bank pusat dalam kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah US$95.6 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.3 bilion).

Aset BNM terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM420.10 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.93 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset lain (RM9.80 bilion).

Liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM133.78 bilion), mata wang dalam edaran (RM104.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.39 bilion), deposit-deposit lain (RM748.05 juta), kertas BNM (RM26.03 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion),dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.82 bilion). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BNM

Kategori