Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Empat Stadium ‘Bersiap Sedia’...

PETALING JAYA: Empat stadium dikenal pasti boleh digunakan sebagai venue tuan rumah Harimau...

Lelaki Tidak Dikenali Serah...

KUALA LUMPUR - Sekeping sampul surat berisi dokumen dipercayai daripada Kementerian Luar Negeri...

Hari Terakhir Parti BN...

PUTRAJAYA - Setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi sehingga hari ini...

61 Kali Lawat Sarawak...

SONG - Kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sarawak menjadi...

RTM Kekal Relevan Sebagai Medium Menyatupadukan Rakyat

SANDAKAN – Sebagai sebuah stesen penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan sebagai medium dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata ini dijayakan menerusi pelbagai rancangan yang diterbitkan sama ada program di radio mahupun televisyen.

“Meskipun menghadapi persaingan bukan sahaja daripada stesen penyiaran swasta di negara ini, malah kewujudan media alternatif yang kini semakin cuba mendominasi, namun RTM tetap unggul dan menjadi pilihan rakyat mendapatkan maklumat tepat,” katanya pada perasmian Pertandingan Akhir Bintang SandakanFM 2018 di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulitnya Mohd Hanafi Montoi. Turut hadir Pemangku Pengarah RTM Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Pada pertandingan itu, Dewi Masita Osman dinobatkan sebagai juara, Siti Aqiela Nurdin (naib juara) dan Rahmat Mohamad (tempat ketiga).


Liew yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi menyifatkan penganjuran pertandingan itu dapat mengetengahkan bakat nyanyian khususnya golongan belia di daerah ini di peringkat lebih tinggi.

Katanya tidak dinafikan RTM telah berjaya melahirkan bakat baharu dalam seni suara serta melahirkan barisan bintang popular menerusi pelbagai program pertandingan nyanyian dianjurkannya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RTM

Kategori