SETIAP pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga mesti mahukan kisah bahtera perkahwinan yang dilalui itu berada dalam keadaan yang baik dan senang sahaja.
Namun apakan daya kalau di tengah pelayaran itu, guruh pula datang secara mengejut.
Baca: Joy Berang Didakwa Jadi Punca Retak Rumah Tangga
Itulah yang berlaku kepada rumah tangga Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa yang mana perkahwinan yang masih berusia muda itu mula bergolak beberapa ketika ini.
Kerana isu pergolakan yang semakin hangat ini, bekas suami Joy, iaitu Datuk Ray Imran telah meluahkan rasa kecewanya apabila dia mendapati rumah tangga mereka itu sedang dilanda badai bergelora.
Sebelum ini, Ray sudah pun anggap bahawa rumah tangga mereka mungkin tidak lama. Ray juga pernah cuba untuk memberi nasihat kepada bekas isterinya itu ketika dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Hafiz dulu.
Namun apakan daya, dia cuma bekas suami dan bukan sesiapa di dalam hidupnya lagi.
“Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.”
“Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi,” dipetik dari BH Online.
Bagaimanapun, Ray juga menganggap bahawa ketika perkahwinan itu berlangsung, Joy dan Hafiz baru sahaja berkenalan jadi masih ada lagi yang mereka habis mengenali tentang diri pasangan masing-masing.
Ray dan Joy dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwian mereka dulu.
“Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam,” tambahnya lagi.
Ramai dah tahu yang sejak kebelakangan ni Joy selalu sangat memuat naik status kelihatan seperti dia sedang bersedih di akaun Instagramnya.
Banyak hint yang diberikann oleh Joy bila baru-baru ini dia memuat naik satu video lagu cover Despacito yang ditukar liriknya sehingga boleh dikatakan agak sedih.
Namun kita sebagai orang luar, jangan lah memandai-mandai mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh ini. Biarlah mereka yang berkenaan sahaja yang menyelesaikan masalah ini.
Semoga perkahwian Joy dan Hafiz ini berkekalan kerana sememangnya perkahwianan mereka ini baru sahaja bermula. Atau mungkin inilah apa yang dikatakan dugaan orang baru mendirikan rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah