Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

F1: Grand Prix Australia...

MELBOURNE - Perlumbaan Grand Prix Australia 2014 merakamkan kerugian AS$55 juta (RM165 juta)...

Sultan Belum Diyakinkan Mana-Mana...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak sudah...

Video Prank: Lelaki Terkejut...

LUMRAH menjadi lelaki, memang pantang kalau tengok wanita cantik dan seksi melepak dan...

Tambah Anggota UTK, Komando...

MELAKA - Permohonan menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan...

Rusia Berminat Jual Pesawat Kepada Malaysia

SINGAPURA – Rusia menawarkan kepada Malaysia untuk membeli pesawatnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tawaran itu dibuat pada mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa malam.

“Beliau (Putin) membangkitkan kemungkinan jual pesawat mereka kepada kita. Ia bergantung kepada kedudukan kewangan kita,” kata Mahathir kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde di sini.

Mahathir berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 dan sidang kemuncak berkaitan, manakala Lagarde berada di sini sebagai tetamu.

Bagaimanapun, Mahathir tidak mendedahkan sama ada tawaran itu untuk tujuan ketenteraan atau komersial.

Ditanya sama ada Rusia akan bantu menyelenggara pesawat yang dibeli dari Moscow, Mahathir berkata: “Beliau akan membantu kita. Kita mempunyai sejumlah Sukhoi…sebahagiannya tidak dapat melakukan penerbangan.”


Pada mesyuarat dua hala dengan Rusia, Mahathir berkata Malaysia perlu “banyak belajar tentang cara untuk menyelenggara dan membaiki pesawat.”

Kementerian Pertahanan Malaysia yang mengendalikan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29. Dilaporkan terdapat isu berhubung penyelenggaraan dan servisnya.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah menyatakan bahawa hanya empat daripada 18 pesawat Sukhoi dapat melakukan penerbangan dengan baik, manakala yang lain sedang dibaiki. – BERNAMA

Kategori