Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SPR Nasihat Pengundi Rancang...

KLANG - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dinasihatkan merancang...

13 Lagi Rangka Mayat...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di...

Hasrat Kan Edar Pen...

PORT DICKSON - Hasrat calon bebas, Kan Chee Yuen untuk menghadiahkan pen kepada...

BN Komited Dukung Islam...

KUALA LUMPUR - Walaupun banyak diperkatakan mengenai kedudukan Islam di negara ini, Datuk...

Sabah Capai 72.17 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin

KOTA KINABALU – Sabah mencapai 72.17 peratus daripada penduduk dewasanya lengkap vaksin COVID-19, manakala 74.35 peratus menerima satu dos suntikan setakat semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan seramai 2,050,851 orang penduduk dewasa menerima satu dos vaksin, manakala seramai 1,990,728 orang lengkap vaksin.

“Kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 23 Oktober 2021 adalah seramai 2,375,248 orang. Ini meliputi 2,050,851 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 74.35 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dewasa di Sabah.

“Bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap pula, seramai 2,240,236 orang direkodkan setakat semalam dan daripada jumlah ini, seramai 1,990,728 orang atau 72.17 peratus adalah penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Pencapaian vaksinasi remaja pula, katanya mencatat seramai 324,397 orang atau 74.75 peratus daripada penduduk remaja di Sabah menerima satu dos vaksin, manakala 249,508 orang atau 57.49 peratus sudah lengkap dua dos vaksin.

Sementara itu, katanya statistik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan seramai 23,042 orang menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negeri, semalam.

“Jumlah itu merangkumi 14,644 orang penduduk dewasa, seramai 6,046 orang remaja dan 2,712 orang adalah penerima dos penggalak atau suntikan dos ketiga,” katanya.


Kerajaan negeri sebelum ini mensasarkan akhir bulan ini untuk mencapai imuniti kelompok penduduk dewasa atau 80 peratus lengkap vaksin, namun berdasarkan pencapaian vaksinasi semasa, sasaran itu dijangka hanya dicapai pada minggu pertama atau kedua November ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga EXCO Kesihatan negeri, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebelum ini berkata tumpuan ketika ini diberikan di daerah yang rendah kadar pencapaian vaksinasi khususnya di pantai timur.

Katanya, lebih ramai petugas kesihatan dihantar ke daerah yang terbabit untuk melaksanakan program imunisasi secara agresif bagi memberi vaksin COVID-19 kepada seramai mungkin penduduk.

Menerusi usaha itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan Rapid Assesment and Vaccination Operation (RAVO) dengan menyasarkan kawasan ladang kelapa sawit untuk memberi vaksin kepada penduduk di kawasan terbabit.

Beberapa operasi seperti di Tawau dan Kalabakan sebelum ini turut disertai sendiri oleh Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori