Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cadangan Skim Sewa Beli...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu penjawat awam,...

Demokrat Anggap Trump Gila,...

WASHINGTON (Amerika Syarikat) - Bimbang dengan kesihatan mental Donald Trump, seorang ahli politik...

Harga Petrol, Diesel Kekal...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

Sabah Kaji Semula Lebuh Raya Pan Borneo

LAHAD DATU – Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony.

Menurut beliau kajian semula itu bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat.

Semua pelaksanaan ini akan dikemukakan sepenuhnya kepada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah ekoran berlakunya ketirisan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Sayangi Lahad Datu @Silam di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian berkenaan kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo sehingga 36 peratus.

Anthony berkata kementeriannya telah menghantar surat prmohonan kepada Kementerian Kewangan dan percaya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini.


Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga bercadang untuk mengeluarkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek lebuhraya itu dan akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya dibawah Kementerian Infrstruktur Sabah. – BERNAMA

Kategori