Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Video: Lagi Kes Buli,...

MENGEJUTKAN apabila satu rakaman kes buli membabitkan beberapa remaja lelaki kini menjadi viral di laman...

Bekas Peninju Akui Diberi...

BEKAS peninju dan bapa kepada 10 anak, Yusaf Mack mendakwa telah diberikan dadah dan...

Hanya Kerana Menyanyi Pelajar...

BEIJING - Seorang pelajar universiti di China mati ditikam rakan sebilik di asramanya...

Mahkamah Tolak Permohonan Farid...

PETALING JAYA - Permohonan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi mendapatkan...

Salah Guna Ivermectin Boleh Sebabkan Koma, Kematian

KUALA LUMPUR – Penggunaan Ivermectin secara tidak betul boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti alahan, pening, sawan, koma dan kematian.

Sehingga kini, tiada penggunaan Ivermectin dibenar dan didaftarkan ke atas manusia di negara ini, sebaliknya hanya untuk haiwan.

Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang digunakan secara meluas bagi rawatan beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Ketua Pegawai Farmasi dan Pengarah Perhubungan Pelanggan Kumpulan Farmasi Alpro, Lim En Ni, berkata apa juga maklumat berhubung keberkesanan penggunaan Ivermectin perlu mendapat pengesahan sewajarnya.

Katanya, keberkesanan Ivermectin menghentikan replika virus SARS-CoV-2 dalam pesakit COVID-19 sehingga kini masih di tahap penilaian Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kami maklum mengenai laporan media dan perbincangan di media sosial berhubung penggunaan Ivermectin dalam rawatan COVID-19 di Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahguna Ivermectin tanpa khidmat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.


“Masyarakat dinasihatkan merujuk kenyataan KKM atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi maklumat berhubung penggunaan Ivermectin atau ubat lain bagi rawatan COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis terhadap KKM susulan keengganan menggunakan Ivermectin bagi rawatan mencegah penularan pandemik COVID-19.

KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) sebelum ini, dilapor memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

En Ni berkata, FDA Amerika Syarikat sehingga kini belum memberi kelulusan penggunaan Ivermectin bagi rawatan COVID-19 dalam masyarakat.

“Kajian ke atas keselamatan penggunaan Ivermectin sedang dijalankan dengan terperinci di bawah pemantauan pakar perubatan dan penyelidik,” katanya. – BH Online

Kategori