AKIBAT teruk menerima kritikan netizen gara-gara penghasilan buku kata-kata inspirasinya, pelakon terkenal Fattah Amin tampil mempertahankan dirinya dengan menyifatkan apa yang dilakukannya adalah salah satu usaha untuk mencari rezeki halal.
Baca: Netizen Kecam Buku Fattah ‘Bangang’ Dan Penuh Selfie
“Tak apalah… buat buku… ini salah satu usaha saya untuk cari rezeki… rezeki halal… Alhamdulillah,” tulisnya di Twitter.
Dia juga setakat ini tidak memberikan sebarang komen balas terhadap status Twitter pedas yang dibuat rakan artis, Sharnaaz Ahmad.
Baru sahaja dilancarkan Sabtu lalu, penghasillan buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin menjadi perbualan hangat menerusi laman sosial.
Rata-rata netizen mengkritik tindakan Fattah Amin menerbitkan buku yang disifatkan isi kandungan langsung tidak memberi manfaat kepada pembaca.
Tambahan pula, harga yang dikenakan untuk buku yang hanya dipenuhi dengan kata-kata inspirasi dan gambar Fattah tidak sesuai atau dengan kata lain ‘cekik darah’ iaitu RM58 untuk Semenanjung Malaysia serta RM68 untuk Sabah dan Sarawak.
Antara kata-kata inspirasi yang terkandung dalam buku itu berbunyi, “Aku dulu selalu berangan nak pergi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul. Hahaa… Kelakar kan?”
Difahamkan, pelakon berusia 27 tahun ini menghasilkan buku kata-kata inspirasi ini sejak tiga bulan lalu sebagai usaha untuk berkongsi dengan peminat. – MYNEWSHUB.CC