Sanggup Makan Ayam Goreng Disalut Emas?

SAYAP ayam goreng biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi pengusaha restoran di Amerika Syarikat (AS) ini, ia cuba menaikkan imej sajian segera ini kepada tahap status mewah.

Justeru ia perkenalkan sayap ayam bersadurkan emas yang pertama seumpamanya di dunia. Dicipta oleh restoran The Ainsworth di New York City, ia bahkan dapat kerjasama ahli sosialit dan bintang realiti TV, Jonathan Cheban.

Hidangan dikenali sebagai ‘FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings’ ini ternyata adalah definisi menu mewah. Sayap ayamnya malahan direndam setelah diadun dengan mentega kelapa, chipolata serta adunan madu selama 24 jam.

Ia kemudian digoreng dan disatukan dengan sos emas metalik yang memberinya kelihatan berkilat, bersalut emas. Akhirnya, sayap ayam ini ditaburi dengan serbuk emas yang boleh dimakan, untuk memberinya tampak menarik.

Menurut The Ainsworth, sayap ayam yang cukup memukau ramai pelanggan kaya ini boleh didapati dalam tiga harga berbeza: 10 ketul sayap berharga AS$30 (RM124) manakala 20 ketul sayap berharga AS$60 (RM248).

Jika anda rasa itu masih belum lagi cukup mewah, anda boleh memesan sehingga maksimum 50 ketul sayap beserta dengan hidangan minuman khusus yang ditawarkan pada harga istimewa iaitu ‘hanya’ AS$1,000 (RM4,147).


Sayap ayam bersalut emas ini telah mendapat banyak perhatian media tempatan baru-baru ini, selepas pencipta bersamanya, Jonathan Cheban, atau ‘Foodgod,’ menunjukkan hidangan itu menerusi laman sosial Instagramnya.

“Kamera saya juga bergegar, ia sungguh cantik dan menarik,” kata beliau lagi dalam satu klip pendeknya sambil menambah: “Ini sememangnya sungguh luar biasa. Itu sudah pasti. Mungkin ada tidak percaya ada sanggup beli.”

Apa yang pasti, ramai dikatakan teruja memakan sesuatu yang kelihatan seperti logam. ‘The FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings’ turut telah dilancarkan di cawangan Ainsworth di Chelsea dan East Village baru-baru ini.

Makanan nadir ini dijangka menjadi hidangan tetap di pelbagai lokasi lain dalam rantaian restoran popular tersebut pada masa akan datang secara berperingkat-peringkat. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...