Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

TMJ Tawar Harimau Malaya...

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim...

Pemuda PAS Johor Bantah...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor meminta Syarikat Air Johor (SAJ)...

Wanita Didenda RM1,800 Ceroboh...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah...

Universiti Indonesia Iktiraf Anwar...

KUALA LUMPUR - Bakal Perdana Menteri ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menerima...

Sardin Penyelamat Pantas Tatkala Keracunan Makanan

KEBIASAANYA jika berada di kampung, air kelapa muda akan dijadikan penawar mudah bagi mengubati simpton keracunan makanan.

Petua meminum air daripada buah tropika ini sememangnya merupakan amalan turun-temurun dan ia diyakini berkesan mengubati sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit.

Namun sekiranya berada di bandar, memang sukar untuk mencari air kelapa muda yang segar kecuali membeli dari pasar raya atau sesetengah restoran yang menyediakan minuman ini.

Pun begitu, tahukah anda terdapat satu lagi cara mudah untuk anda mengurangkan kesan keracunan makanan sekiranya tidak memperolehi air buah berkenaan, bagaimana?

Jawapannya ialah dengan memakan ikan sardin secara mentah-mentah.

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian info menarik dari seorang penulis yang berkongsikan cara merawat keracunan makanan di peringkat awal, iaitu dengan memakan ikan sardin yang dibeli di pasar raya.

Semoga perkongsian daripada Hadihaizil Din ini dapat memberi manfaat berguna buat orang ramai yang ‘terbuntu’ memikirkan jalan pantas dikala perut sedang meragam.

Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.

Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.

Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).

Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.

Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.


YA memang tidaklah sedap pun apabila makan terus begitu.

Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.

Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan).

Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.

Penawar sardin itu memang berkesan.

Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera.

Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.

Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.

Nota: Sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya

Sumber: Facebook Hadihaizil Din

Kategori