“Saya Bercuti Dan Jumpa Kenalan Lama” – Najib

MELAKA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang bercuti di Melaka hari ini, mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di sekitar Tangga Batu, di sini.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) turut membeli barangan basah seperti ikan dan sayur di Pasar Terbuka Pantai Puteri sebelum minum pagi bersama peniaga serta penduduk kawasan berkenaan.

Najib yang diiringi Timbalan Speaker Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Hasan Abd Rahman kemudiannya menikmati juadah asam pedas ketika makan tengah hari bersama nelayan dan masyarakat Kampung Hailam, Tanjung Kling di jeti nelayan kampung terbabit.

Ketika ditemui, Najib berkata, beliau memilih Melaka sebagai lokasi percutiannya itu kerana negeri itu mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati selain mempunyai ramai kenalan lama.

“Saya bercuti dan bertemu masyarakat di sini bukanlah boleh ditakrifkan sebagai kempen pilihan raya, saya nak tengok sendiri keadaan di jeti nelayan ini selain memenuhi undangan Datuk Seri Mohamad Ali untuk menjamu selera di sini.

“Saya lihat kawasan ini memang berpotensi untuk dimajukan dan saya berpuas hati sejak kerajaan BN memerintah, nelayan di sini dapat banyak manfaat termasuk jeti, kemudahan letak bot dan lampu.

“Ini menunjukkan dasar kerajaan BN memang mengubah keadaan hidup di sini dan pada masa sama Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berjaya mengubah keadaan di sini.


“Saya tidak buat tinjauan pembangunan, cuma nak beramah mesra dengan penduduk di sini, itu saja. Saya bercuti, melancong dan jumpa kawan-kawan lama,” katanya.

Najib juga dijadual akan menikmati cendol di Kampung Tengah, Bukit Rambai petang ini serta membeli-belah di sebuah pasar raya di Taman Nirwana, Klebang.

Pada sebelah malam pula, beliau akan makan malam bersama penduduk di Batang Tiga serta beramah mesra dengan pengunjung `Down Town’ Dataran 1Malaysia, manakala pagi esok pula, beliau akan bersarapan pagi bersama penduduk Sungai Udang.

FACEBOOK MYNEWSHUB DI SINI 

Baca: Najib Saman Tommy Thomas Kerana Salah Guna Kuasa

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...