Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Mesti Bersatu...

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam mencadangkan kerjasama lebih rapat...

Mampukah Hadi Kekal Sebagai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan mengharungi pertandingan tiga...

Pelaksanaan Penuh Modul BioMedical,...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen memaklumkan modul BioMedical dan eVDR (FWCMS) untuk urusan...

Camilla Kagum Saksi Persembahan...

GEORGE TOWN - Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama...

“Saya Telus Kongsi Maklumat MH370” – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan sentiasa bersikap telus dalam berkongsi setiap maklumat berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines ketika memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Hishammuddin berkata, keutamaannya ketika itu adalah memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat serta perkembangan yang disahkan sahaja.

Katanya, setiap maklumat yang tidak disahkan hanya akan memberi kesan kepada siasatan dan tidak akan berlaku adil kepada keluarga penumpang MH370 serta orang awam.

“Ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif jika dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia mengulas kenyataan, bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang mendakwa ada ‘pemimpin kanan’ Malaysia percaya bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) sengaja ditenggelamkan juruterbang pesawat dalam misi membunuh diri.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga berkata, ketika mengisi jawatan itu, pihaknya sudah melihat setiap petunjuk dan kemungkinan berhubung kehilangan pesawat itu termasuk berkaitan spekulasi, teori dan maklumat yang relevan.

“Ia dilakukan dengan kerjasama penuh oleh pihak berkuasa antarabangsa dan kemampuan yang terbaik kita ada,” katanya.

Hishammuddin berkata, dalam penyiasatan itu, maklumat baharu dan petunjuk sentiasa muncul dan beliau sendiri sentiasa memastikan ia disahkan dengan tepat serta bukti yang kuat sebelum setiap tindakan diatur.


“Perkembangan siasatan itu saya sendiri sentiasa kongsi khususnya pada sesi bertemu media dan temubual,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Hishammuddin turut mengakui, kumpulan siasatan tidak memberikan jawapan yang pasti mengenai punca kehilangan pesawat pada pengakhiran perkhidmatannya sebagai Menteri Pengangkutan.

“Bagaimanapun, saya tetap melakukan tugas saya seperti sebelumnya iaitu meminta sesiapa yang mempunyai maklumat relevan mengenai insiden itu untuk membantu menyalurkan maklumat untuk tindakan lanjut.

“Malah, saya berterima kasih dengan sokongan rakan dan komuniti antarabangsa termasuk kerajaan Australia yang membantu kami melalui perkongsian data dan sumber dalam pencarian MH370.

“Tiada hari yang saya tidak mendoakan tragedi ini diselesaikan dan kenyataan sebenar diketahui dan doa saya sentiasa bersama dengan keluarga dan rakan mereka yang berada di dalam pesawat itu,” katanya. – BH Online

Kategori