Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Maszlee Malik Letak Jawatan...

PUTRAJAYA - Dr. Maszlee Malik mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat...

Gesa Hapus Matrikulasi, Gerakan...

KUALA LUMPUR – Gesaan parti Gerakan agar kerajaan memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan...

RM100,800 Kompaun KPDNHEP Kompaun...

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor...

Kerajaan Dijangka Umum i-Sinar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan,...

“Saya Tidak Tahu Punca Iqram Begitu” – Yusuf Azmi

PERUBAHAN sikap mendadak pelakon Iqram Dinzly terus-menerus diperkatakan. Jika sebelum ini kawan rapatnya, Zulin Aziz meminta netizen untuk tidak melontarkan cacian dan makian, namun berbeza pula dengan Yusuf Azmi.

Baca: Zulin Aziz Mohon Netizen Henti Caci Iqram

Yusuf menyatakan dia juga tidak mengetahui sebab sahabatnya itu berubah laku.

Tambah Yusuf, perubahan itu dapat dilihat selepas bapa Iqram, Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada Oktober lalu.

“Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.

“Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu,” katanya dipetik Sinar Online.

Sementara itu, Yusuf mengakui dia tidak sanggup untuk menonton video Live menerusi aplikasi Instagram yang dibuat pelakon itu baru-baru ini.

“Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat.

“Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial,” ujarnya.

Yusuf bagaimanapun menasihatkan Iqram untuk memohon maaf kepada kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan sikap yang ditunjuknya kini.


Pada masa yang sama, Yusuf menjelaskan jika apa yang dilakukan pelakon 36 tahun itu hanya untuk kontroversi, ianya salah dari sudut akhlak.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah Erma Fatima menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya menyelar kata-kata netizen dan masih utuh percayakan Iqram.

“Aku tak percaya! Biar apa pun kata mereka, aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik, akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan,” tulisnya.

Menurut Erma, dia percaya apa yang dipertontonkan kepada netizen ialah sikap sebenar masyarakat kini dan Iqram hanya mementaskannya semula.

Erma turut berterima kasih kepada pelakon Janji Diana ini kerana telah membuka mata masyarakat tentang sikap buruk yang dimiliki semua orang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori