KPNDHEP P Pinang Keluar Lapan Notis Harga Sayur Naik

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak lapan notis pengesahan maklumat barangan kepada pengimport, pengeksport dan pemborong sayur di negeri itu sejak Rabu hingga semalam.

Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata notis itu dikeluarkan menurut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mendapatkan justifikasi harga jual runcit sayur-sayuran.

Sayur-Harga-Pinang

“Pemeriksaan di pasar awam mendapati terdapat tiga jenis sayur mengalami kenaikan harga di Pulau Pinang ketika ini iaitu kacang buncis kenaikan kira-kira RM3 sekilogram dijual RM15-RM17, sayur kubis bulat import daripada RM4-RM5 sekilogram kepada RM5-RM7 dan cili akar merah daripada RM13-RM15 kepada antara RM15-RM20.

“Jadi kami keluarkan lapan notis dan pemeriksaan juga mendapati harga sayuran di pasar raya adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di pasar awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selain itu pihaknya turut membuat pemantauan harian terhadap 186 jenis barangan setakat ini merangkumi 41 premis pasar, 31 pasar raya dan pasar raya hiper terpilih di seluruh Pulau Pinang.


Mohd Ridzuan berkata secara keseluruhan pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 46 notis pengesahan maklumat barangan dan lima notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 kepada peniaga sayuran sepanjang tahun ini.

Sementara itu, katanya sebanyak 47,578 pemeriksaan berkaitan harga barang telah dilakukan dan daripada jumlah itu 373 kes dikompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melibatkan nilai RM46,850.

Selain itu, sebanyak 374 notis pengesahan maklumat barangan dan 139 notis bertulis di bawah seksyen sama telah dikeluarkan kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga barangan, katanya.

Menurut beliau, sebanyak 237 aduan berkaitan harga telah diterima dengan 133 daripadanya melibatkan harga barang yang mahal dan pihaknya telah membuka 26 kes untuk tindakan sepanjang tahun ini.

– Bernama

Barang Duk Naik Harga, Kementerian Masih Bincang?

Menteri Nafi Gesa Rakyat Makan Itik Susulan Harga Ayam Mahal

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...