Sebak Melihat Kaabah, Scha Kongsi Pengalaman Umrah

SCHA al-Yahya mengakui berasa gementar pada awal ketibaannya di tanah suci tetapi perasaan itu bertukar menjadi sebak dan gembira sebaik tiba di Masjidil Haram bersama keluarganya.

Tambahnya, pengalaman mengerjakan umrah bersama-sama dengan keluarga yang tercinta merupakan sesuatu yang sangat berharga.

“Mula-mula terdetik perasaan takut dan gementar kerana ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci. Saya takut jika melakukan sebarang kesalahan.

“Tetapi alhamdulillah segala urusan ibadah kami dipermudahkan Allah.

“Yang penting ialah niat setiap kali mahu melakukan rukum umrah dan perlu berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang dilarang.

“Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah kerana saya manusia biasa tidak ada yang sempurna. Pabila melihat kaabah depan mata, saya menangis.

“Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan, hanya Allah yang mengetahui. Ia memberikan makna yang berbeza dalam diri. Ini merupakan satu-satunya tempat yang memberikan ketenangan tak mengira waktu,” kata Scha kepada Harian Metro.

Scha juga menceritakan keseronokan dapat berbuka puasa di sana dan berharap akan berpeluang untuk kembali ke tanah suci lagi selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...