Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Diana Amir Berharap Anak...

DIANA Amir mengharapkan puterinya, Khaulah menjadi seorang wanita dan manusia yang mampu membawa...

Ke Taiwan Dengan Semuanya...

KUALA LUMPUR - Ingin melancong ke Taiwan tetapi runsing mengenai soal makanan dan...

Jalan Pasir Puteh-Kota Baharu...

PASIR PUTEH - Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami...

Jackie Chan Potong Rambut,...

SUSULAN pembebasan Jaycee Chan yang merupakan anak pelakon terkenal Jackie Chan dari penjara atas...

Sebutan Semula Kes Culik Pastor Koh Esok

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan esok untuk sebutan semula kes seorang pemandu perkhidmatan teksi dalam talian yang didakwa menculik seorang pastor, Februari tahun lalu.

Majistret Nurshahirah Abdul Salim menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin supaya kes itu disebut bersama kes peras ugut anak pastor itu yang dihadapi tertuduh, Lam Chang Nam, 32.

Pada 15 Januari lalu, Lam bersama tujuh orang lagi yang masih bebas dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melarikan Pastor Raymond Koh atau nama sebenarnya Keng Joo Koh, 64, untuk tujuan mengurung mangsa dengan sulit dan salah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan SS4B/10A, Kelana Jaya, di sini, pada 10.45 pagi, 13 Februari tahun lalu mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seorang paderi diculik pada pagi 13 Februari 2017 di Petaling Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya. – BERNAMA

Kategori