Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Musa, 32 ADUN Kecewa...

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama 32...

“Facebook Tak Curi Teknologi...

DALLAS (Amerika Syarikat) - Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg menafikan unit...

Awas Bahaya Kanta Sentuh...

PETALING JAYA - Menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, pembeli pastinya...

Kerajaan Akan Kaji Undang-Undang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan...

Segala Persoalan Akan Kami Jawab Nanti – Rody Kristal

AHAD lalu, vokalis Kumpulan Kristal, Lan telah mengumumkan untuk berundur diri dari kumpulan rock tersebut dan membuat keputusan untuk fokus dengan projek solonya.

Pengumuman itu dibuat ekoran kenyataan yang mengatakan Kristal merehatkan Lan dan akan mencari vokalis baharu.

Baca: Lan Masuk Gegar Vaganza, Kristal Cari Vokalis Baharu?

Juga: Umum Undur Diri, Lan Tak Berdendam Dengan Kristal

Terbaharu, gitaris kumpulan tersebut, Rody memberitahu akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan segala persoalan dan kenyataan yang timbul.

“Buat masa ini kami tidak boleh beri sebarang komen lagi mengenai perkara itu. Insya-Allah dalam masa terdekat akan mengadakan satu sidang media.

“Kami belum berbincang apa-apa lagi, tapi akan maklumkan bila dan waktu sidang media itu akan dilakukan.

“Segala persoalan akan kami jawab nanti,” katanya dipetik mStar Online.

Sebelum ini, Lan mendakwa dia diperlakukan seperti ‘tunggul’ kerana khabarnya mereka membelakangkan penyanyi 32 tahun itu dan tidak berbincang dengan Lan tentang apa yang mereka lakukan.

Dalam pada itu, Rody menerusi laman Instagramnya menyatakan apa yang dilaluinya kini sudah ditetapkan dan dia berterima kasih kepada keluarga serta kawan-kawan yang masih menyokongnya.


Gitaris itu juga memaafkan pihak yang melemparkan kritikan dan kecaman di atas apa yang berlaku.

“Setiap manusia ada melakukan kesilapan. Tepuk dada tanya diri kita. Siapa kita untuk menghukum dan mencaci.

“Kalau tak suka, duduk diam. Move on. Yang minat Kristal teruslah menyokong Kristal.

“Aku memaafkan segala kecaman yang dilemparkan,” tulis Rody di laman Instagramnya.

Terdahulu, Rody mendakwa Lan tidak berbincang dengan ahli yang lain mengenai penglibatannya dalam sebuah program nyanyian.

Menurut Lan pula, dia tidak pula mempertikaikan projek solo yang pernah dilakukan oleh anggota lain.

Diharapkan krisis yang melanda kumpulan yang sudah 18 tahun bertapak dalam dunia seni ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori