KUALA LUMPUR – Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu dilihat secara serius demi meningkatkan aspek integriti dalam kalangan anggotanya.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah tersebut juga perlu disegerakan bagi memastikan anggota polis memberikan perkhidmatan terbaik membasmi masalah jenayah di negara ini.
Katanya, ini penting kerana banyak anggota polis di bandar besar termasuk ibu negara yang kini dibelenggu dengan kos sara hidup tinggi.
“Sebelum ini saya juga turut memberi cadangan sama dan semalam ia disuarakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang mahu anggota pangkat rendah diberi perhatian.
“Apa yang disuarakan itu diharapkan menjadi kenyataan terutama daripada aspek kemudahan perumahan dan gaji bagi menggelakkan budaya ‘makan suap’,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. – UTUSAN ONLINE