Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kiblat Umat Islam Sedunia...

MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi hari ini akan menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah. Gabenor Makkah,...

Ribut Khanun Bakal Mengganas

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), hari ini mengeluarkan amaran tahap kedua angin...

Masalah Peribadi, Ronaldinho Disingkir...

MEXICO CITY - Pemain terbaik dunia dua kali, Ronaldinho akan disingkirkan sekiranya gagal...

Larian Amal Tingkat Kesedaran...

KUALA LUMPUR - Taman Tasik Titiwangsa hari ini diceriakan dengan warna merah jambu...

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Abdul Halim, 89, dilaporkan mangkat sekitar pukul 3.15 petang tadi di Istana Anak Bukit, di sini Isnin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam satu sidang akhbar telah mengumumkan mengenai khabar dukacita itu di Wisma Darul Aman sekitar jam 6.30 petang tadi.

Jenazah Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar 4 petang Selasa.

Beliau antara lain memberitahu, bendera Negeri dan Persekutuan serta bendera-bendera lain hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai hari ini.

Tambah Ahmad Bashah, tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 September 2017.


Sementara itu, 12 September juga diisytiharkan sebagai cuti kelepasan am, bagi seluruh negeri Kedah, kecuali bagi mereka yang menjalani Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Almarhum baginda dilahirkan pada 28 November 1927 ialah anakanda ketiga Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud. – MYNEWSHUB.CC

Kategori