Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bayi Rambut Lebat Wajah...

TOKYO - Bayi perempuan rambut lebat yang pernah menjadi perhatian di Internet kini...

Kerajaan Peruntuk RM1 Bilion...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion dalam Bajet 2018 untuk meningkatkan lagi...

Mahkamah Perancis Putuskan ‘Partial...

PETALING JAYA : Mahkamah Perancis akan memutuskan esok sama ada sebahagian penganugerahan dituntut...

Peluang Berbual Langsung Dengan...

PERNAHKAH anda berangan untuk bercakap dengan Shia LaBeouf melalui telefon dan perbualan berkenaan...

“Sekadar Kongsi Dengan Peminat, Bukan Aedy”

NAMA Nabila Razali terus menjadi bualan ramai terutama selepas isu video tangisan luahannya menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Susulan perkara itu, pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah itu menjelaskan video yang dimuat naik baru-baru ini hanyalah sekadar luahan perasaan.

Ia tidak ada kaitan sama sekali dengan dakwaan segelintir anggota masyarakat yang kononnya mengatakan video berkenaan ditujukan buat pelakon, Aedy Ashraf.

“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram. Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun,” katanya memetik Harian Metro.

Sementara itu disoal berhubung sejauh mana hubungannya dengan pelakon Dendam Aurora itu, Nabila memberitahu hubungan mereka hanya rapat sebagai rakan artis sahaja.

“Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan. Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

“Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, tindakannya memadam gambar-gambar Aedy di laman tersebut kerana dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan yang sememangnya sudah hangat.

“Biarlah masa yang menjelaskan segala persoalan nanti,” jelasnya.


Sebelum ini, heboh dan viral di media sosial mengenai penyanyi berusia 25 tahun ini memuat naik sebuah rakaman meluahkan rasa kecewa seolah-olah dipermainkan oleh lelaki.

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?,” luahnya dalam video tersebut.

Apa yang lagi memanaskan keadaan adalah rakaman berdurasi kurang daripada satu minit itu telah dimuat naik dua jam selepas Aedy berkongsi gambar ‘istimewa’ bersama seorang gadis misteri di Instastorynya.

Bukan itu sahaja, malah Nabila turut memadam kesemua gambar-gambar Aedy daripada akaun Instagram termasuk kenangan ketika sambutan hari lahirnya yang ke 25 baru-baru ini.

Ekoran perkara tersebut, pelbagai spekulasi mula timbul dan rata-rata netizen beranggapan rakaman tersebut ditujukan kepada pemilik nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi.

BACA : Muat Naik Video Kecewa, Nabila Tuju Untuk Aedy?

Haaa…Nabila sendiri dah kata sekadar berkongsi dan tak ada kaitan dengan Aedy. Okay dah dah lah tu mengecam ye…Bak kata Sajat, ‘Jangan mengata’ chuolls…– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori