Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Nahas Kes Pemandu Treler...

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh...

PRN Sarawak: BN Lancar...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto dengan menggariskan 15...

Pemuda PAS Akui Hadapi...

SHAH ALAM - Pemuda PAS mengakui kualiti tarbiahnya menyebabkan ahli dewan itu kini...

KFC Malaysia Perkenal Semula...

KUALA LUMPUR - KFC Malaysia kini memperkenalkan semula menu 'KFC Ayam Kicap Meletup'...

Sekatan Jalan Raya Di Putrajaya Ditamatkan

PUTRAJAYA – Sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditamatkan 12 tengah malam tadi selepas beroperasi selama sembilan bulan sejak 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, walaupun SJR ditamatkan namun orang awam diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata, operasi pematuhan akan dipergiatkan dengan penambahan anggota untuk memastikan orang awam memasuki Putrajaya patuh SOP sama ada bagi tujuan riadah atau pelancongan domestik.

Penamatan SJR itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung rentas daerah dibenarkan di Lembah Klang, membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan memaklumkan dua SJR ditutup iaitu di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram di bawah laluan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Bagaimanapun, katanya empat lokasi SJR dikekalkan iaitu di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang. – BERNAMA

Kategori