Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

MPN Sasar 500,000 Peluang...

PUTRAJAYA - Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian...

Faiz Subri Dikecam ‘Pakai’...

NAMA Mohd. Faiz Subri menjadi bualan hangat hari ini apabila berjaya merangkul Anugerah...

399 Pekebun Kecil Risda...

SUNGAI PETANI – Seramai 399 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan...

Udang Goreng Butter dan...

Bahan bahan:500 gm udang 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Minyak 3-5 sudu besar...

Selepas 34 Tahun, Akhbar Sukan Popular Indonesia Tutup

TAMAT… Setelah lebih tiga dekad temani pembaca di seluruh Indonesia sehingga dianggap akhbar legenda sukan, BOLA akhirnya terpaksa ditutup dengan keluaran terakhirnya dijual pada hari ini.

Berita sedih berkenaan turut menjadi perbualan ramai netizen di republik tersebut terutamanya generasi yang lahir sebelum era media digital pada lewat 1990-an dan tentunya ribuan pembaca tegar tabloid berbahasa Indonesia itu.

Hari terakhir penerbitan keluaran PT Tunas Bola yang juga dikuasai syarikat media berpengaruh tempatan, Kompas Gramedia ini, tanda pagar terima kasih kepada BOLA malah antara topik paling tular khususnya pengguna Twitter.

Penutupan BOLA turut undang simpati masyarakat dan melalui hantaran dalam akaun media sosial, mereka luah perasaan pilu sambil mengucapkan salam perpisahan kepada tabloid yang sudah jadi teman mereka sejak 34 tahun.

Halaman depan edisi penutup ini menggambarkan karikatur 11 pemain bola sepak memegang kad huruf bertulisan ‘TERIMA KASIH’ manakala penonton di stadium memegang kain pemidang panjang dengan perkataan ‘SELESAI’.

Baca: Utusan, Mingguan Malaysia Bersaiz Tabloid

Menurut Pengarah Urusan PT Tunas Bola, Christina Maria Sri Indiarti, penutupan akhbar itu merupakan pilihan terberat yang harus diambil meskipun pelbagai langkah kecemasan diambil untuk selamatkan penerbitan tersebut.


“Dari sudut bisnis, tabloid ini memang sudah sangat berat untuk bertahan sehingga terpaksa langkah tutup yang diambil akibat edaran jualan merosot, kurang pendapatan iklan dan persaingan media atas talian,” ujar beliau.

Bersempena dengan penamatan akhbar tersebut, keluaran ke-2,915 untuk 26 Oktober itu yang tetap dijual pada harga runcit 9,500 rupiah (kira-kira RM2.60) diterbitkan khas dalam 60 halaman kesemuanya berwarna-warni.

Pernah diiktiraf sebagai akhbar paling laris di Indonesia sekitar tahun 2000 lalu, BOLA pada asalnya ialah naskhah sisipan harian seksyen sukan kepada KOMPAS dan mula diterbitkan pada 3 Mac 1984 dengan tebal 16 muka surat.

Namun mulai 2 April 1988, BOLA menjadi akhbar edisi sendiri dengan pertambahan kepada 24 halaman dan terbit secara mingguan pada setiap Jumaat sebelum kemudiannya dijadikan harian sejak 2013. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori