Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

10,000 Pembantu Rumah Indonesia...

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima kemasukan kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia berjumlah sekitar...

SPAD Rekod 4,876 Kes...

SUNGAI PETANI - Sejumlah 4,876 kes pelanggaran undang-undang melibatkan pelbagai kesalahan di jalan...

Pahamin Sasar 18 Bulan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan enam usahawan yang diketuai bekas Pengerusi AirAsia Bhd., Datuk...

96 Ditahan Bersabit Dadah...

ROMPIN - Pasangan suami isteri antara 96 individu merangkumi suspek pengedar dan penagih dadah yang ditahan polis...

Seorang Suspek Kes Culik Paderi Raymond Ditahan

KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan paderi Raymond Koh telah ditahan pihak polis.

Koh diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari lalu ketika sedang memandu keretanya. Tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam telah menghalang laluan kenderan Koh dan lapan lelaki bertopeng menculik Koh lalu menyumbatnya dalam salah sebuah SUV manakala seorang suspek memandu kenderaannya.

Baca: Kronologi Kes Penculikan Raymond Koh

Video kejadian itu diperolehi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari salah sebuah rumah kejiranan berdekatan dengan kawasan insiden.

Ahli keluarga Koh dipercayai telah membawa kes kehilangan Koh untuk perhatian Persatuan Bangsa Bersatu.

Kes tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia berikutan insiden itu yang disifatkan satu kejadian penculikan yang dilakukan oleh penjenayah profesional.

Menurut Khalid, suspek tersebut ditahan minggu lalu di sebuah negeri di utara Semenanjung.

“Kita percaya yang dia boleh memberi maklumat berhubung penyiasatan kes penculikan Raymond.

“Biar pihak polis menyiasat kes ini secara menyeluruh,” katanya dalam sesi sidang media di Bukit Aman selepas melancarkan program derma darah.

Sebelum ini, polis telah menahan seorang lelaki di Ampang yang membuat kenyataan palsu mendakwa dia meminta wang tebusan kerana menculik Koh.


Namun, hasil penyiasatan polis, lelaki itu telah membuat dakwaan palsu dan akan didakwa di mahkamah atas kesalahannya itu.

Khalid turut mengingatkan orang ramai agar jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan kes tersebut.

“Kami tak pernah berhenti daripada menyiasat kes ini dan usaha untuk mengesan Koh masih giat dijalankan,” katanya memetik The Star.

Sementara itu, Khalid turut menyatakan pihak polis juga menyiasat dakwaan mengatakan Koh sebelum ini pernah terlibat dalam gerakan memurtadkan umat Islam.

“Kami perlu menyiasat sebab dah ada laporan polis dibuat mengenai dakwaan tersebut.

“Kita perlu menyiasat. Bukan sahaja penculikan tetapi juga laporan beliau memurtadkan orang Islam,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori