Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lagi Trend Cantik Dari...

APABILA sebut sahaja negara Korea Selatan, pasti sudah terbayang mengenai rakyatnya yang amat...

Rogol Adik Kandung, Lelaki...

KUCHING – Mahkamah Majistret Samarahan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan...

Kenapa Awak Tak Hormat...

PELAKON dan pelawak veteran, Sulaiman Yassin menyifatkan tindakan 'barbaric' menampar penerbit filem, David...

Bekalan Air Sungai Muda...

GEORGE TOWN - Kemampuan sumber utama bekalan air ke Pulau Pinang, Sungai Muda,...

Seoul Dakwa Ejen Pyongyang Bunuh Kim Jong-Nam

SEOUL – Kementerian Penyatuan Korea Selatan di sini, hari ini mengesahkan berita pembunuhan Kim Jong-Nam; abang tiri pemimpin diktator Korea Utara, Kom Jong-Un, di Malaysia pada Isnin.

Jurucakap kementerian itu, Chung Joon-Hee dipetik media tempatan sebagai berkata, kerajaan Korea Selatan yakin mangsa yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersebut sah ialah Jong-Nam.

Seoul ujarnya mendakwa, Pyongyang memang merancang pembunuhan itu sejak lima tahun lalu dan peluang baik tersebut digunakan mereka ketika mendiang sedang dalam perjalanan bertemu keluarganya di Macau, China.

Jong-Nam yang dilahirkan hasil hubungan sulit bapanya; pemimpin pengasas komunis Korea Utara, Kim Jong-Il bersama Sung Hae-Rim, iaitu seorang aktres kelahiran Korea Selatan dan meninggal dunia di Moscow, Rusia.

Pihak Polis Diraja Malaysia pada Selasa melaporkan seorang warga Korea Utara berusia 47 tahun maut akibat dibunuh ketika mangsa dalam perjalanan dibawa ke Hospital Putrajaya selepas sesak nafas di terminal KLIA.

Dalam pada itu, beberapa penganalisis politik antarabangsa percaya Jong-Un sendiri mengarahkan pembunuhan berprofil tinggi itu demi memelihara kekuasaan beliau daripada plot rancangan jahat termasuk rampasan kuasa.

“Sejak mengambil alih kepimpinan setelah bapanya meninggal dunia lima tahun lalu, beliau dapat merasakan tahap pengaruh rejimnya tidak pula begitu kuat,” kata Ketua Institut Pengajian Dunia untuk Korea Utara, An Chan-il.

Pendapat itu turut disokong oleh Penyelidik Kanan Institut Sejong, Cheong Seong-Chang dan turut mendakwa: “Pembunuhan Jong-Nam tidak mungkin dilakukan tanpa mendapat keizinan rasmi daripada Jong-Un sendiri.”

Beliau menegaskan, berdasarkan modus operandi yang digunakan dua ejen wanita dengan menggunakan jarum beracun itu, ia menyerupai kaedah dilakukan Jeongchalchong-gug atau Reconnaissance General Bureau (RGB).

Agensi perisikan Korea Utara itu memang terkenal dengan operasi rahsia termasuk melakukan pembunuhan terhadap mana-mana pemimpin negara tersebut sendiri yang dianggap cuba menggulingkan kerajaan Jong-Un.


RGB ada enam biro termasuk Biro 212 atau divisyen perang siber yang pernah menggemparkan dunia pada 2015 apabila berjaya menggodam jaringan sistem pelayan komputer di Amerika Syarikat (AS) lumpuh beberapa hari.

Abang Tiri Kim Jong-Un Meninggal Di KLIA - Polis

“Dalam kes pembunuhan Jong-Nam, ada satu lagi biro yang diberi tugas khas untuk memantau rapi setiap inci pergerakan mangsa sebelum dua ejen RGB mampu meloloskan diri dengan menaiki teksi,” jelas Seong-Chang.

Jong-Un yang berkuasa pada 2011 pernah mengarahkan hukuman bunuh secara kejam ke atas bapa saudaranya sendiri, Jang Song-Thaek yang juga bekas duta ke Malaysia ditembak dengan mesingan antipesawat akhir 2013.

Pada tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai kementerian pendidikan Korea Utara, Kim Yong-Jin turut dihukum mati dengan alasan konon sebagai belot terhadap negara sendiri dan melakukan amalan rasuah.

Tidak ketinggalan ialan sepupu Jong-Nam sendiri, Lee Han-Young, yang berpaling tadah ke Korea Selatan setelah memasuki Switzerland pada 1982, kemudian ditembak bunuh oleh beberapa ejen rahsia RGB di Seoul pada 1997.

Manakala Jong-Nam pula hidup dalam buangan di luar negara sejak 2001, sebahagian besarnya di Macau; setelah mencetuskan kemarahan mendiang bapanya apabila pergi ke Disneyland Tokyo di Jepun dengan pasport palsu.

Jong-Nam pernah dahulu dianggap sebagai pewaris Jong-Il, namun kedudukan itu tiba-tiba berubah drastik apabila ibu saudaranya, Sung Hye-Rang ‘berhijrah’ melarikan diri ke AS pada 1996 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori