Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Juruteknik Didakwa Miliki Bahan...

KUALA LUMPUR - Seorang juruteknik penyaman udara hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret...

Rumah 36 Keluarga Rosak...

TEMERLOH - Tatkala umat Islam sedang membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal...

Lelaki 300 Kilogram Meninggal...

TUMPAT - Seorang lelaki berusia 51 tahun yang mengalami masalah obesiti meninggal dunia...

AMK Sambut Baik Saranan...

GEORGE TOWN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik saranan Presiden Majlis Belia...

Shah Iskandar Sah Bergelar Suami Siti Sarah

PELAKON Shah Iskandar sah bergelar suami kepada suri hidupnya, Siti Sarah Mohd. Noor, 30, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom @East Coast, Singapura, petang Sabtu.

Shah, 33, pelakon kelahiran seberang tambak itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000 selain mas kahwin berupa sebentuk cincin emas.

Pasangan secocok itu turut berbalas dua dulang hantaran.

“Alhamdulillah, fasa baru untuk saya dan isteri tempuhi sudah bermula. Semoga hidup kami akan diberkati. InsyaAllah,” katanya dipetik BH Online.

shah1

Majlis pernikahan aktor yang kini popular dengan drama Cik Cinderella dan Encik Tengku itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sanak saudara.


Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Shah Alam, Selangor pada 16 April depan.

Menurut Shah, dia tertarik dengan sikap penyabar, baik hati serta isterinya seorang yang sangat memahami kerjaya seni.

Tahniah Shah dan isteri! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori