Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.

Menurutnya, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.

“Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar arak, saya akan membuat pengumuman Khamis ini (di Parlimen),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Topping Off Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian telah bercakap dengan semua pihak yang membantah keputusan untuk menyekat penjualan arak.

“Kementerian telah bercakap dengan semua pihak berkepentingan yang membantah keputusan itu dan bersetuju dengan pendekatan menang-menang.


“Matlamat kami adalah untuk mengekang kebolehcapaian mudah arak dan sebenarnya isu ini sudah selesai,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang telah digunapakai berkuatkuasa 15 November 2020.

Garis panduan tersebut menyatakan bahawa bermula 1 Oktober penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina tidak dibenarkan.

Namun begitu, larangan itu ditangguhkan selama sebulan iaitu sehingga 31 Oktober untuk memuktamadkan garis panduan itu.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...