AKIBAT kontroversi yang tiba-tiba melanda dirinya, Shahir kini ambil keputusan untuk menarik diri daripada pertandingan akhir Akademi Fantasia Megastar yang bakal berlangsung Ahad ini.
Baca: Shahir Dah Nafikan, Mona Pula Pertahankan?
Penyanyi berusia 29 tahun itu telah memuat naik satu posting di akaun Instagramnya malam tadi kerana ramai yang tidak puas hati apabila dia layak memasuki pusingan akhir program itu.
Bagi Shahir, apa yang terjadi ini bagaikan ada niat busuk untuk sabotaj dirinya. Tetapi ramai peminatnya yang meninggalkan komen positif dan meminta agar penyanyi itu tidak menarik diri serta terus berjuang di pentas AF Megastar.
Namun, terbaharu dilaporkan oleh Berita Harian, pihak Astro telah mengesahkan bahawa penyanyi kelahiran Kampar, Perak itu masih lagi bergelar peserta AF Megastar.
“Kami di pihak penerbitan AF Megastar sedia maklum mengenai status yang dimuat naik Shahir di ruangan media sosial beliau. Kami berasakan ia adalah luahan peribadi Shahir.
“Kami juga yakin Shahir seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat beliau, terutamanya sepanjang menyertai program ini,” kata jurucakap Astro yang dipetik daripada Berita Harian.
Apabila dah banyak sangat tekanan, ia sedikit sebanyak telah menganggu fokus Shahir bagi menghadapi konsert akhir pada Ahad ini.
Dalam kekecohan yang berlaku, Ikhwal Hafiz Ismail atau Ewal yang juga merupakan salah seorang peserta AF Megastar telah mendedahkan sikap sebenar Mona. Apa kaitan Ewal dengan Mona? Siapa sebenarnya Mona ni?
Rupa-rupanya sebelum ini Ewal turut pernah menjadi ‘mangsa’ Mona! Katanya dia hampir menjadi mangsa sabotaj gadis kelahiran negeri Terengganu itu.
Eh… Mona ni memang target dia pada selebriti Akademi Fantasia je ke? Bukan main gigih dia nak sabotaj diorang ni?
“Malahan, bukan saya dan Shahir sahaja, terdapat beberapa bintang program realiti lain yang cuba dihampiri oleh Mona. Modus operandinya boleh dikatakan sama iaitu dengan mengakui dirinya sebagai peminat tegar.
“Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar ‘direct message’ (DM) untuk menghampiri mangsanya,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Wow… Halusnya cara permainan dia tu, mula-mula rapat dengan selebriti dan kemudian apa langkah seterusnya? Nasib baik Ewal dapat elakkan diri daripada menjadi mangsa Mona.
Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh Ewal ni bahawa Mona sebenarnya cuma mencari publisiti… Buat malu je, satu Malaysia dah tahu kisah ‘cinta dongeng’ awak tu.
“Mula-mula dulu ingat hanya saya seorang, rupa-rupanya ada beberapa rakan artis daripada program AF yang turut melalui pengalaman serupa,” tambahnya tanpa mahu mendedahkan nama sesiapa.
Malah, pengacara nombor 1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi turut telah memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya yang mana ditujukan kepada Shahir sendiri. Mungkin Paknil sendiri sudah mengenali Shahir kerana dia sudah mengacarakan program itu semenjak musim pertama lagi.
Sungguh pun nak cepat popular, bukan dengan cara menjatuhkan orang lain sampai menganggu kehidupan mangsa awak tu.
Satu hari nanti kebenaran pasti akan terbukti. Yang salah tetap akan salah walau sehebat mana dia cuba untuk menyembunyikan kesalahan tu. – MYNEWSHUB.CC/AH