Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Benjy Meringkuk 11 Tahun...

NASIB pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim akhirnya terjawab apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama...

Kini Kembung Di Kuala...

KUALA KEDAH – Kini harga kembung di Kuala Kedah dijual pada harga RM4...

“Kami Ingin Tahu Punca...

KLANG - Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api di sini semasa sambutan...

Cadangan Kaji Undang-Undang Lapuk...

KULAI - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan cadangan untuk...

“Shame On You Girl” – Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Terkenal bersikap lantang, Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil bersuara melibatkan seorang pelajar perempuan dirotan gurunya selepas mengejek dengan panggilan pondan baru-baru ini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berpendapat, setiap pelajar yang melakukan kesalahan wajar dihukum kerana ia merupakan salah satu proses untuk mendidik menjadi insan yang lebih baik.

Status Sharnaaz yang dikongsi di Instastories akaun Instagram miliknya.

“Aku wakil pelajar selalu kena rotan, selalu kena berdiri masa perhimpunan. Terima kasih cikgu kerana telah mendidik aku dengan rotan sebat Yahudi, pemadam papan hitam, tong sampah dan juga buku teks BM yang melayang ke muka.

“Kerana anda cikgu, hari ini aku berjaya menjadi seorang pelakon yang fasih menggunakan bahasa sastera dalam lakonan. Aku manusia hari ini kerana didikan klasik guruku. Shame on you girl,” tulis Sharnaaz menerusi ruangan Instastories akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, tular sebuah video yang membabitkan seorang pelajar sekolah perempuan dirotan oleh seorang guru lelaki hingga berbirat.


Puncanya kerana guru lelaki itu diejek dengan panggilan ‘pondan’ oleh remaja perempuan tersebut.

Kes itu difahamkan turut membabitkan ibu kepada pelajar perempuan itu yang turut merakamkan aksi ketika memarahi guru berkenaan.

Susulan kejadian itu, netizen meluahkan rasa kesal hingga ada yang bertindak menularkan kehidupan sebenar dan keputusan peperiksaan pelajar perempuan itu di media sosial. – mStar Online

Kategori