Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Airbus Tawarkan Pesawat Peninjau...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space menawarkan pesawat peninjau C295 untuk rondaan...

Timbalan Ketua Pengarah Jakoa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa)...

MB Johor Selesai Bertemu...

PUTRAJAYA - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian difahamkan telah keluar dari perkarangan...

Insiden Pesawat Charlie TUDM...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan masih menyiasat laporan kejadian sebuah pesawat Charlie C130...

Sharnaaz Ahmad Dedah Sebab Pilih Jebat!

DIKURNIAKAN cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden Ahmad, pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan kenapa nama itu menjadi pilihan buat anak sulungnya yang lahir pada tanggal 30 Ogos lalu itu.

Sharnaaz, 33, berkata dia memilih nama berkenaan kerana tertarik dengan sejarah dan kehebatan pahlawan Melayu bernama Jebat.

“Sebenarnya nama itu tak ada maksud apa pun, yang ada maksud Ahmad sahaja. Saya meminati sejarah Melayu dan tertarik dengan kehebatan pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat.

“Daripada muda lagi saya memang minat nama Jebat, sampaikan berlakon pun bawa watak Jebat, jadi itu fasal dapat anak pun diberi nama Jebat.

Sharnaaz beri nama anaknya Jebat Jayden.

“Jayden pula pilihan Nabilah, saya ikut sahajalah sebab nama pertama saya dah pilih,” katanya kepada mStar Online.

Sharnaaz ditemui di majlis tayangan akhir drama bersiri Bukan Cinta Kristal di Damansara Performing Arts Center (DPAC), Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Sharnaaz dan Noor Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu dia sudah berbincang dengan isterinya mengenai nama anak sebelum mereka berkahwin lagi.


“Sebelum kahwin lagi saya dah beritahu Nabila mahu pilih nama anak jika anak sulung kami adalah lelaki… itu memang hajat saya!

“Lepas ini kalau tambah anak kedua, ketiga dan seterusnya terpulanglah kepada dia untuk bagi nama apa pula,” katanya.

Ditanya jumlah cahaya mata yang diingini, Sharnaaz meletakkan soal tersebut kepada rezeki.

Bagaimanapun, dia memberitahu Nabila penah meletakkan impian untuk memiliki lima cahaya mata. – mStar Online

Kategori