Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Didakwa Punca Penularan...

KUALA LUMPUR - DAP didakwa menjadi punca kepada penularan budaya menyebar fitnah di...

Polis Buru Suspek Lelaki...

SEREMBAN - Polis Seremban kini giat memburu seorang lelaki dipercayai suspek kes samun...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Selat...

Budak Lelaki Tersadung, Rosakkan...

MALANG tak berbau.. itulah peribahasa yang sinonim dengan situasi yang dihadapi oleh seorang...

Shila Amzah Kena Sound Tak Ada Adab?

DALAM diam-diam, penyanyi superstar Shila Amzah rupanya sedang dilamun cinta dan telahpun selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya pada 3 November lalu iaitu Haris Edraki Elias.

Baca: Tahniah… Shila Amzah Kini Sah Jadi Tunangan Orang

Sudah pasti berita itu disambut baik peminat-peminatnya yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat penyanyi kesayangan mereka.

Namun, dalam kemeriahan majlis pertunangan itu timbul pula kata-kata yang kurang enak didengar.

Ada pula segelintir netizen yang mengatakan pelantun suara bagi lagu Selamanya Cinta ini tidak beradab selepas moment indah menyarungkan cincin pertunangannya itu.

Kata mereka, Shila tidak bersalam dengan bakal mak mertuanya itu sejurus selepas cincin disarungkan ke jari manisnya. Kononnya Shila sibuk hendak bergambar sehinggakan tidak sempat untuk bersalaman.

“Kasihan tak pandai nak salam lepas sarung cincin. Maaflah berkata, itu yang patut didahulukan. Kasihan mak mertua. Busy nak ambil gambar sampai lupa adab,” komen @azzalovina.

@sitinursuriasaadun pula berkata “Mak cik tu nak salam. Patut lepas sarung cincin salamlah tangan mak cik tu sayang.”

“Bakal mertua tu macam nak salam je..,” tulis @hafezah_latiff pula.

Namun, jangan salah sangka. Bukanlah Shila tidak bersalam langsung dengan ibu tunangnya itu. Malah ada gambar yang menggambarkan detik persalaman itu yang dimuat naik sendiri di laman Instagram Shila.


Gambar ini jelas menunjukkan terpancar kegembiraan buat mereka berdua. Mungkin saat itu Shila nervous kerana buat pertama kali dirinya bergelar tunangan orang.

Netizen yang tidak ada semasa majlis itu mungkin tidak tahu. Jadi, seharusnya isu ini tidak perlu dibangkitkan.

Seeloknya mendoakan sahaja kebahagiaan pasangan ini yang khabarnya bakal bernikah pada April tahun hadapan.

Tahniah sekali lagi Shila dan Haris! – MYNEWSHUB.CC

Kategori