Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kuil Batu Caves Mula...

KUALA LUMPUR - Walaupun sambutan Thaipusam hanya tinggal seminggu lagi namun suasana sambutan...

Kualiti Udara Tambah Baik,...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara bertambah baik apabila hanya 12 kawasan sahaja mencatatkan...

‘Gym Trainer’ Tak Mengaku...

Muar : Seorang tenaga pengajar kecergasan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Polis Indonesia Bantu Jejak...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Indonesia bagi menjejak...

SIA Bakal Buang Ramai Staf Sebab Kerugian Besar

SINGAPURA – Ketika pembangkang negara jirannya buat tohmahan jahat konon Malaysia bakal muflis dan sering buat perbandingan dengan Singapura, lain pula hal berlaku di republik tersebut.

Ekonomi Singapura kebelakangan ini bukan sahaja bergerak lesu, malahan banyak firma besar termasuk syarikat berkaitan milik pemerintah yang terpaksa membuang ribuan pekerja demi mengurangkan bebanan kos operasi.

Antaranya ialah syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) yang dilaporkan media tempatan turut kemungkinan tinggi akan memberhentikan sebahagian besar daripada hampir 25,000 kakitangannya sendiri.

Ini sebagai sebahagian daripada semakan rancangan perniagaan SIA ekoran kerugian dicatatkan mencecah S$138 juta antara Januari hingga Mac lalu dan ia merupakan rekod kemerosotan untuk suku keempat berturut-turut.

Kos bahan bakar pesawat sebelum perlindungan nilai naik S$331 juta bagi suku itu, ekoran peningkatan 50.7 peratus bagi harga minyak secara purata dan dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh berbanding dolar Singapura.

SIA turut mendedahkan bahawa pendapatannya jatuh S$17 juta meskipun terdapat pertumbuhan trafik 5.5 peratus. Bagi tahun kewangan lalu, keuntungan operasi jatuh 20 peratus kepada S$386 juta berbanding sebelumnya.

Situasi itu jauh berbeza dengan jirannya, Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang bakal mengambil ribuan pekerja baharu malah melancarkan anak syarikat penerbangan khas untuk operasi ibadah umrah dan haji tahun depan.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong, kakitangannya sedar pemberhentian kerja adalah satu kemungkinan di bawah proses semakan itu sejak operator udara tersebut mula diwujudkan pada 1972 lalu.

Ada bidang pekerjaan tambah beliau, yang tidak lagi relevan manakala ada kakitangan yang perlu kemahiran baharu untuk tugasan lain. Namun begitu, beliau menambah masih agak terlalu awal bagi memberikan butiran lengkap.

Proses semakan bermula lebih enam bulan lalu dan SIA juga mendapatkan nasihat pakar dari luar negara. SIA melaporkan kerugian dalam tempoh lima tahun dan di bawah tekanan untuk mengurangkan bajet operasinya.

Lebih malang, SIA juga sedang menghadapi peningkatan persaingan sengit dari pelbagai syarikat penerbangan tambang murah serantau dan pesaing gergasi dari wilayah Timur Tengah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori