Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

9 Maut, Trak Pengebom...

MOGADISHU - Seorang pengebom nekad yang menaiki sebuah trak yang sarat bahan letupan,...

Objek Pada Tangan Wanita...

GAMBAR pasangan ini biasa-biasa sahaja namun apa yang mencetuskan perdebatan di media sosial...

Berkeley Corner Terpaksa Hentikan...

PUTRAJAYA - Berkeley Corner, restoran makanan India yang popular di Klang, terpaksa menghentikan...

“Tolonglah Tok Lebai Solatkan...

KUALA LUMPUR - "Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga....

Sindiket Samun Dan Curi Kereta, Geng Jering Chini Tumpas

KUANTAN : Polis berjaya menumpaskan geng samun dan curi kenderaan dikenali ‘Geng Jering Chini’ dengan menahan empat individu dalam serbuan di sekitar Paloh Hinai dan Felda Chini di Pekan di sini antara 26 hingga 30 Disember lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek berusia 28 hingga 35 tahun dipercayai bergerak aktif melakukan jenayah itu bermula Disember lalu.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan, mereka telah melakukan empat kes samun dan tiga kes curi kenderaan kereta serta motosikal yang melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM38,000.

“Dengan tertangkapnya geng itu, polis juga telah menyelesaikan satu kes samun, dua kes samun berkumpulan, satu kes samun mendatangkan kecederaan, dua kes curi motosikal dan satu kes membabitkan kecurian kereta.

“Ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati keempat-empat tahanan positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil daripada tangkapan dan operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya merampas barang-barang kes seperti empat buah telefon mudah alih, sebuah kereta jenis Axia yang telah dibakar, dua buah kereta jenis proton Wira, tiga utas barang kemas, dua bilah parang dan sebilah pisau,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan kes samun dan curi motokar di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, semasa melakukan jenayah samun, modus operandi mereka adalah menahan mangsa yang memberhentikan kereta di tepi jalan.

“Selain itu, mereka juga bertindak memberhentikan mangsa yang sedang menunggang motosikal dengan bersenjatakan parang dan pedang sebelum menyamun barang berharga seperti barang kemas, telefon bimbit, wang tunai dan dokumen diri mangsa.


“Mereka juga akan mencuri motosikal yang ditinggalkan di tempat awam dan kereta yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan,” katanya.

Justeru, katanya, semua suspek disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

“Suspek juga didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda.

“Semua mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 9 Januari ini bagi tujuan siasatan,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga Disember 2021, sebanyak 85 kes samun direkodkan berlaku di negeri ini dan daripada jumlah itu sebanyak 46 kes berjaya diselesaikan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori