Sindiket Tumpas, Dadah RM1.5 Juta Dirampas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai RM1.51 juta dan menahan tiga individu pada Selasa lalu.

Menerusi Ops Hurricane pada jam 8.40 malam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menahan suspek lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun di kawasan parkir sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama dan sebuah kondominium di Puchong.

Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah, berkata turut dirampas ketamin seberat 26.1 kilogram (kg) bernilai RM1.43 juta, heroin (28 gram/ RM9,800) dan 4,800 pil ekstasi (1.48 kg/ RM72,000), selain wang tunai RM2,280.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak sebulan lalu dan menjadikan unit kondominum sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada pembeli.

“Kondominium itu mempunyai kawalan keselamatan ketat dengan kadar sewaan seunit sebanyak RM1,700 sebulan.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah mampu dibekalkan kepada seramai 57,056 pengguna. Ia dipercayai untuk pasaran tempatan yang terdiri daripada pelanggan di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek direman enam hari hingga Isnin ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada JSJN Kuala Lumpur menerusi WhatsApp di talian 012-2087222 yang beroperasi 24 jam sehari.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...