Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Low Testing Increases Likelihood...

THE health authorities in Malaysia continue to follow a questionable strategy of low...

Polis Tahan 5 Rakyat...

GEORGE TOWN - Polis menahan lima rakyat asing, disyaki anggota sindiket ragut, yang...

Tambahan 126 Sekolah Laksana...

PADANG TERAP - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan kementeriannya...

Wajah Terkini Bayi Diselamatkan...

RIYADH - Sebelum ini terdapat cerita viral 'anjing selamatkan bayi' di media sosial dan...

Singa Utara Idam Akhyar Rashid Pula

KUALA LUMPUR – Saham pemain muda negara, Akhyar Rashid ketika ini memang tinggi apabila dia turut menarik minat Perlis bagi menghadapi saingan musim depan.

Sebelum ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu berminat terhadap pemain itu namun sejak semalam, penyokong tempatan turut mendapat perkhabaran Selangor juga sedia bersaing dengan Harimau Selatan untuk mengikat Akhyar.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Facebook Perlis, NorthernLions Perlis, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sedia memulakan rundingan dengan Akhyar dalam misi memperkukuhkan skuad Biru Kuning.

Walaupun PFA berdepan isu berbangkit mengenai tunggakan gaji pemain, mereka nyata tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan pemain terbaik selepas berjaya mendapatkan beberapa nama besar bola sepak tempatan.

“Perlis FA sedia memulakan rundingan dengan Akhyar Rashid,” menurut kenyataan persatuan itu hari ini.

Antara pemain ternama yang sudah mengikat kontrak dengan Perlis adalah bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali dan bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi.


Menerusi gambar yang dimuat naik NorthernLions Perlis menyatakan ketua jurulatih Perlis, Manzoor Azwira Abdul Wahid bangga apabila dikaitkan dengan khabar perpindahan Akhyar ke pasukan itu.

“Datuk Presiden (Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad) sememangnya berminat dengan Akhyar sejak awal lagi.

“Di sini kami ini menegaskan sebagai pasukan bola sepak yang baharu dibentuk semula, kami amat berminat membuka pintu pasukan kepada Akhyar dan akan membuat rundingan bersamanya susulan statusnya sebagai pemain ejen bebas berbakat yang boleh dijadikan sebagai aset buat pasukan Perlis.” – HMetro

Kategori