Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saksi: Suspek Nampak Tenang,...

SUSPEK utama insiden pengeboman di kuil Erawan Shrine di Bangkok, Thailand yang dikatakan...

Bekas Penuntut IPT Nafi...

Muar : Graduan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka didakwa di Mahkamah...

UEC Bercanggah Aspirasi Pendidikan...

1. Unified Examinations Certificate (UEC) adalah sijil Sekolah Swasta Sekolah Menengah Persendirian Cina...

Lawak… Bila Ayah Tersalah...

IMPIAN setiap ayah di dunia ini sudah pastinya mahu memberikan yang terbaik buat...

Singapura Bunuh Babi Lepas Tular Wanita Beri Makan

SINGAPURA – Gara-gara viral video sekawan babi hutan diberi makan, Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan Singapura (AVA) terpaksa menjalankan siri operasi kawalan khas terhadap haiwan liar itu di kawasan Punggol.

Ini susulan rakaman sebuah video yang menjadi sensasi dengan menyiarkan visual seorang wanita tempatan leka memberi sekumpulan babi hutan itu makan mendapat perhatian luas menerusi online oleh netizen di Singapura.

Video itu, yang dimuat naik ke laman Facebook Love Cycling SG pada 19 Jun, mencetuskan perdebatan panas dalam kalangan netizen tentang isu beri makanan kepada haiwan dan sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan.

Pada 21 Jun, jurucakap AVA memaklumkan stesen Channel NewsAsia bahawa setiap kali menerima maklum balas terdapat individu yang melihat babi hutan di Punggol, pemantauan rapi dijalankan untuk menilai situasi semasa.

“Sekiranya ada keprihatinan tentang ancaman keselamatan awam atau gangguan kepada penduduk, operasi kawalan akan dijalankan. Ia sedang dilakukan sekarang ini di kawasan Punggol,” menurut jurucakap AVA itu.

Agensi tersebut menambah bahawa setakat malam Selasa, tiada seekor pun babi hutan berjaya ditangkap di kawasan Lorong Halus namun pihaknya masih lagi memantau jika ada pergerakan haiwan najis mughallazah itu dikesan.


AVA juga menasihati orang ramai supaya jangan memberi makan kepada babi hutan, kerana ini mengubah kelakuan haiwan liar itu dan mungkin menyebabkan ia bergantung kepada manusia untuk mendapatkan sumber makanan.

Menurut laman AVA, orang ramai harus berada pada jarak yang selamat daripada babi hutan dan jangan melalukan provokasi terhadap haiwan-haiwan buas itu dengan memetik gambar menggunakan ‘flash’ pada kamera.

Ia malah menyatakan babi hutan boleh mendatangkan bahaya dan gerak-geri haiwan itu tidak boleh diduga. Babi hutan betina terutamanya berbahaya apabila cuba melindungi anak-anaknya, tambah AVA. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori