Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Terus Jalankan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau...

Penganjuran Sukma Johor Diputuskan...

JOHOR BAHRU - Keputusan sama ada penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 akan...

Malaysia Airports Kendali 89.8...

SEPANG - Lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang beroperasi di Malaysia...

Aliff Syukri Lelong Rumah...

PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzama tidak perlu diperkenalkan...

Singapura Tutup Akhbar Percuma Popular TODAY

SINGAPURA – Selepas 17 tahun diterbitkan sejak keluaran pertama pada 10 November 2000, TODAY yang juga akhbar kompak percuma popular di Singapura bakal dihenti percetakannya.

Langkah dramatik yang tidak dijangka pelbagai pihak itu ekoran langkah MediaCorp mahu membeli semula saham minoriti dalam Singapore Press Holdings (SPH) yang ketika ini dianggarkan bernilai S$18 juta (RM57 juta).

Perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan peraturan yang dijadual akhir bulan depan namun ia sekali gus bakal menyaksikan MediaCorp menguasai aspek perniagaan hiburan, televisyen dan akhbar syarikat penyiaran itu.

Menurut laporan stesen Channel NewsAsia, perjanjian pembelian semula saham itu dicapai 12 tahun selepas SPH membeli saham Mediacorp sebagai sebahagian daripada penyatuan aset industri media republik tersebut.

Ini merupakan kejutan kerana pada 13 Oktober 2016, SPH menggabungkan The New Paper dan My Paper untuk menjadi akhbar percuma bersaing dengan TODAY terbitan syarikat milik pemerintah, MediaCorp Press Ltd.

SPH dipercayai merancang mengurangkan tenaga kerja sehingga 10 peratus, kebanyakannya ialah pekerja sambilan. Ketika ini ia memiliki lebih 5,000 staf termasuk kira-kira 1,000 wartawan dan koresponden di seluruh dunia.

Untuk rekod pada 2005, SPH memindahkan saluran TV ke MediaCorp dan mengambil alih 20 peratus saham dalam MediaCorp TV Holdings. SPH kemudian menggabungkan akhbar percumanya STREATS dengan TODAY.

Berikutan perjanjian baharu itu, Mediacorp Press Ltd. menyatakan TODAY akan menghentikan edisi cetakannya dan menjadi akhbar pertama di Singapura beralih kepada wadah digital sepenuhnya mulai 1 Oktober depan.


Terdahulu pada April lalu, TODAY melancarkan edisi hujung minggu secara digital sepenuhnya dan memansuhkan edisi cetak setiap hari Ahad yang diterbitkan sejak 29 Mei 2011. Ia kini hanya ada edaran 300,000 naskhah sehari.

Didorong oleh kemajuan siber, MediaCorp menyatakan ia akan merobah edisi hari-hari biasa kepada digital sepenuhnya. Namun berakhirnya edisi cetak TODAY bermakna kira-kira 40 kakitangan akan terjejas teruk.

MediaCorp akan meneroka pilihan untuk kakitangan terbabit sama ada ditawarkan peranan lain dalam syarikatnya atau jika ia tidak berhasil, staf yang layak akan ditawarkan pakej pemberhentian dan sokongan penempatan.

SPH ketika ini menerbitkan 17 judul akhbar antaranya The Straits Times, Berita Harian, Lianhe Zaobao, Tamil Murasu selain beberapa portal berita terkenal seperti Stomp serta mengendalikan tiga stesen radio tempatan.

Dengan modal pasaran S$6 bilion (RM18.2 bilion) – lebih dua kali ganda daripada nilai modal syarikat akhbar terkemuka Amerika Syarikat, The New York Times Co., SPH juga mengeluarkan lebih 100 judul majalah di Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori