Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Kerja Di Projek Gateway...

KUALA LUMPUR - Vivocom Intl Holdings Bhd berkata ia menghentikan sementara waktu kerja-kerja...

Guru Komited Tetap Ajar...

China – Gambar ini memang menyedihkan. Bayangkan seorang guru, Liu Shenping, 34, yang...

Turki Pecat Lebih 6,000...

ISTANBUL - Turki memecat lebih 6,000 anggota polis, penjawat awam dan ahli akademik...

Penubuhan Maahad Tahfiz Antara...

PADANG TERAP - Kerajaan negeri Kedah akan memberikan keutamaan terhadap penubuhan maahad-maahad tahfiz...

Siti Kassim Ditahan Halang Tugas Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Polis menahan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim malam tadi kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata peguam itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 malam susulan laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti Kassim pada Khamis lepas.

Siti Kassim dikatakan melarikan anaknya ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri oleh doktor di Hospital Kajang.

“Laporan polis juga telah dibuat oleh anggota polis yang mengiring wanita (yang berusia 24 tahun) tersebut berhubung kekecohan yang berlaku di wad pemeriksaan ketika Siti Kassim menyerbu masuk walaupun cuba dihalang oleh pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata susulan itu, pasukan polis telah menyelamatkan mangsa dari sebuah rumah di kawasan kondominium di Segambut kira-kira 9 malam tadi.

Beliau berkata pihaknya terpaksa memecah masuk rumah berkenaan kerana mangsa enggan memberikan kerjasama dan menguncikan diri di dalam rumah bagi memastikan dia tidak mencederakan dirinya dan orang lain.


Katanya mangsa telah dihantar semula ke Hospital Kajang untuk menjalani prosedur pemeriksaan yang tertangguh sebelum ini selain membolehkan pegawai penyiasat mendapatkan keputusan doktor.

Katanya kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang tugas penjawat awam. – BERNAMA

Kategori