Siti Kassim Ditahan Halang Tugas Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Polis menahan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim malam tadi kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata peguam itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 malam susulan laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti Kassim pada Khamis lepas.

Siti Kassim dikatakan melarikan anaknya ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri oleh doktor di Hospital Kajang.

“Laporan polis juga telah dibuat oleh anggota polis yang mengiring wanita (yang berusia 24 tahun) tersebut berhubung kekecohan yang berlaku di wad pemeriksaan ketika Siti Kassim menyerbu masuk walaupun cuba dihalang oleh pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata susulan itu, pasukan polis telah menyelamatkan mangsa dari sebuah rumah di kawasan kondominium di Segambut kira-kira 9 malam tadi.

Beliau berkata pihaknya terpaksa memecah masuk rumah berkenaan kerana mangsa enggan memberikan kerjasama dan menguncikan diri di dalam rumah bagi memastikan dia tidak mencederakan dirinya dan orang lain.

Katanya mangsa telah dihantar semula ke Hospital Kajang untuk menjalani prosedur pemeriksaan yang tertangguh sebelum ini selain membolehkan pegawai penyiasat mendapatkan keputusan doktor.

Katanya kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang tugas penjawat awam. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...