Siti Kassim Tolak Pertemuan Dengan Zakir Naik

MUNGKIN hanya pandai memperjuangankan retorik hak asasi manusia namun hakikatnya tidak berani bersemuka dengan kebenaran.

Itu gambaran sesuai yang layak diberikan kepada aktivis liberal, Siti Kassim selepas menolak pelawaan untuk bertemu dengan pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.

Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim enggan bersemuka dengan pendakwah itu selepas Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya cuba mengaturkan pertemuan dengannya.

Kaitan: ‘Saya Tak Kisah Bertemu Dengan Mereka’ – Zakir Naik

Peguam wanita itu dalam status terbaharu di laman Facebook menanggap cadangan pertemuan itu sebagai ‘bodoh’ dan hanya mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa.

Siti Kassim Tolak Pertemuan Dengan Zakir Naik

“Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

“Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi berhenti buang masa saya, katanya.

Menurutnya, mengapa hanya dia dan Asiah Abdul Jalil yang disebut-sebut untuk berdebat sedangkan, dalam saman tersebut terdapat 19 orang yang mengutarakan perkara sama.


“Fakta bahawa terdapat ‘seekor keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali menggunakan isu genderAdakah mereka fikir wanita tidak berani berhadapan isu ini.

“Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kami,” kata wanita itu.

Kenyataan Siti Kasim itu dipercayai merujuk kepada tindakan 19 aktivis liberal termasuk dirinya dan Asiah Jalil untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Semalam, Fathul Bari menyifatkan perjuangan Siti Kassim, hanya retorik semata-mata jika dia enggan bertemu Dr. Zakir Naik dan maklum balas kesediaan pendakwah antarabangsa itu untuk berdebat dimuat naik menerusi laman sosial pada Jumaat lepas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...