Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Israel Tangkap Penduduk...

BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di sini semalam selepas pihak...

Jenazah Tan Sri Abdul...

JASIN - Jenazah veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa selamat dikebumikan di...

Curi Beg Sandang, Juruteknik...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri sebuah beg sandang di pasar raya, seorang juruteknik...

Gaji Minimum RM1,500 Mulai...

KUALA LUMPUR : Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai...

Siti Nurhaliza Bakal Timang Baby Boy?

RASANYA, ramai orang masih belum boleh move on dengan berita kehamilan penyanyi nombor 1 negara itu, kan?

Berita gembira yang dikongsikannya 13 Oktober lalu mendapat respon positif netizen serta rakan-rakan artis. Malah, berita ini juga turut menggembirakan rakan baiknya yang juga penyanyi popular dari seberang, Krisdayanti.

Baru-baru ini, Kris telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya yang menunjukkan screenshot perbualan WhatsAppnya bersama Siti.

Apa yang mencuri perhatian ialah pesanan yang dititipkan buat penyanyi itu supaya selalu membaca Surah Yusuf supaya bayi yang dikandungnya handsome.

“Surah Yusuf, baca selalu ya Love. Biar handsome. Hehehe,” pesan Kris kepada Siti.

Ini mencetuskan sensasi hangat dalam kalangan para peminatnya, yang mula membuat spekulasi bahawa anak sulung penyanyi Cindai itu berjantina lelaki!

Bagaimanapun, Siti pernah mendedahkan bahawa Datuk K mengimpikan anak perempuan selepas dikurniakan empat orang anak lelaki dalam perkahwinannya yang terdahulu.

“Selepas dikurniakan empat anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, saya berharap sangat kami dikurniakan cahaya mata perempuan. Saya hanya mampu berdoa dan berharap impian ini akan menjadi kenyataan,” kata Datuk K dipetik BH Online.


Ibunya iaitu Siti Salmah turut mengatakan jika cucu yang bakal dilahirkan Mac tahun hadapan itu merupakan bayi perempuan, sudah tentu lebih seronok.

“Mengenai jantina cucu, saya pernah bertanya Siti dan dia memaklumkan tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan.

“Tetapi, bagi saya, jika Siti dikurniakan bayi perempuan, tentu lebih seronok. Apa yang lebih penting, anak yang bakal dilahirkannya nanti sihat dan cukup sifat,” katanya kepada BH Online.

Tidak kisahlah jantina anak yang dikandung Siti itu lelaki atau perempuan, yang penting bayi itu nanti sentiasa dalam keadaan yang sihat dan menjadi anak soleh atau solehah.

Semoga semuanya dipermudahkan buat pasangan Siti Nurhaliza dan Datuk K! Kami disini juga turut gembira dengan perkhabaran berita yang dikongsinya itu. Tahniah sekali lagi! – MYNEWSHUB.CC

Kategori