Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Ummi Nazeera Tepis Gosip...

PERNAH digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka...

Pegawai Kanan KEDA Mengaku...

ALOR SETAR - Seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), mengaku salah...

Shahir Dah Hantar Rombongan...

GOSIP terdapat hubungan istimewa antara Erra Fazira dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Shahir...

Tunku Ismail Ketuai Tiga...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan...

Siti Terima 300 Lagu Selepas Dihebah Di Laman Sosial

PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza kini dalam proses menapis 300 buah lagu yang diterima selepas dia memuat naik status di laman sosial untuk mencari lagu sempena pembikinan album terbaharunya.

Siti, 37, berkata, dia menerima pelbagai genre lagu daripada komposer-komposer baharu dari Malaysia dan Indonesia yang berminat untuk menyumbang lagu dalam album berkenaan.

“Saya terima banyak lagu iaitu kira-kira 300 buah lagu daripada komposer baru selepas saya menguar-uarkan perkara itu di Facebook dan Instagram beberapa bulan lalu.

“Sekarang ini pengurus saya dalam proses senarai pendek dan mengeluarkan lagu yang tidak sesuai dahulu,” ujarnya kepada mStar Online.

Siti ditanya tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya dan perancangan album baharu.

Tambah Siti, dia mencari lagu yang mempunyai melodi yang sedap didengar serta muzik yang segar.

“Saya tidak terlalu memilih komposer baharu atau lama, apa yang penting ialah lagu tersebut mesti mudah diterima dan catchy.


“Namun, saya masih mementingkan kualiti arrangement muzik yang matang dan bagus,” ujarnya yang bakal memulakan rakaman penghujung tahun ini.

Sementara itu, Siti berkata dia juga tiada masalah untuk menyanyikan lagu genre balada seperti ketika zaman 1990-an yang kini menjadi trend semula.

“Saya lihat trend sekarang suka pada lagu-lagu 1990-an seperti lagu Aiman Tino, saya tiada masalah untuk buat lagu-lagu seperti genre itu kembali jika ada lagu yang sesuai,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori