Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

6 Ditahan Positif Methaphetamine...

BUTTERWORTH - Enam individu ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan...

Polis Keluar 38 Saman...

ALOR SETAR - Polis mengeluarkan 38 saman dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan...

SPR, JPN Tubuh Pasukan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menubuhkan jawatankuasa...

Scha Hati Kering, Kecaman...

PELAKON dan pengacara terkenal, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas mengambil keputusan untuk...

Skandal Rumah Mewah: Adam Rosly Enggan Dedah Niaga Apa

BERIKUTAN pendedahan kontroversi kemewahannya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly tampil mengadakan sidang media hari ini.

Bertempat di Pejabat Parlimen Ampang, ia bagi menjelaskan isu banglo ala Disneyland miliknya yang terletak di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor dan beberapa buah kenderaan mewah yang dimilikinya.

Katanya, rumah mewah itu bukan dibeli dengan harga RM7 juta seperti yang didakwa Datuk Seri Jamil Yunos sebaliknya, hanya RM1 juta daripada pihak bank.

Adam, 28, pada masa sama turut menyatakan tidak salah sekiranya dia memiliki banglo berkenaan dan banyak kereta mewah kerana dia adalah ahli perniagaan dan bukanlah pegawai kerajaan.

Skandal Rumah Mewah: Adam Rosly Enggan Dedah Niaga Apa

“Saya bukanlah pegawai khas Zuraidah atau pebantu peribadinya sebaliknya hanya AMK. Hubungan itu hanya dalam politik. Langsung tiada hubungan kerja.

“Sejak kecil saya minat politik, jadi salah ke seorang ahli perniagaan masuk politik?

“Sebelum saya sertai PKR, saya sudah memiliki pelbagai kereta seperti BMW dan Volvo. Pada usia 19 tahun, saya mampu membeli Proton Perdana.

“Saya memang suka tukar-tukar kereta. Kalau Jamal nak kaya, saya boleh ajar,” ujarnya yang sudah berniaga pada usia muda.

Pun begitu, Adam enggan mendedahkan perniagaan apa yang dijalankan dengan alasan ia terlalu peribadi dan konon mampu menjejaskan perniagaannya pula.

“Perniagaan saya adalah peribadi, dan saya tak perlu dedahkan apa yang saya lakukan. Saya hanya akan jelaskan peniagaan saya kepada pihak berkuasa sahaja.

“Saya dibesarkan oleh nenek angkat dan kehidupan kami amat susah. Atas dasar itu, saya dah berniaga awal. Saya juga tidak pernah bekerja dengan orang,” ujarnya.


Diminta mengulas mengenai dakwaan dua lagi rumah mewahnya yang terletak di Putrajaya dan Ampang Saujana Elite yang dimuat naik di laman Instagramnya, Adam bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak itu adalah harta miliknya.

BACA: Lagi Kekayaan Adam Didedah, Miliki 2 Rumah RM2.8 Juta

“Kepada penuduh liar yang menviralkan dua lagi rumah mewah itu, sila buktikan rumah itu milik saya! Nombor berapa dan di mana alamatnya,” ujarnya.

adam-3

Tambahnya, dia juga bersedia mengisytiharkan harta sekiranya diminta oleh kepimpinan parti

“Saya setuju dengan cadangan isytihar harta, tetapi apa keperluannya? Saya bukan penjawat awam. Tetapi saya bersedia melakukannya jika ada arahan parti untuk jernihkan keadaan,” katanya.

Adam turut menegaskan dia tidak pernah mendapat apa-apa peruntukan dalam kerajaan negeri mahupun menjadi proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali.

“Saya bukan proksi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Zuraida. Kenapa semua yang berlaku di Selangor perlu dikaitkan dengan Azmin?” katanya lagi.

Susulan itu, Adam memberitahu, akan mengenakan tindakan saman terhadap Jamal dan Datuk Ismail Kijo selepas selesai semua siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori