Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Kompilasi Gambar Bayi Rambut...

MASIH ingat lagi tentang artikel yang kami kongsikan mengenai seorang bayi baru lahir...

Polis Cari Saksi Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis mencari individu atau orang awam yang boleh memberi maklumat...

J/kuasa Tapis Bekas Pemimpin...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin...

Abang Johari Mulakan Tugas...

KUCHING - Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pagi ini memulakan tugas secara...

SM Sains Sultan Iskandar Juara Roket Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Johor Bahru dinobatkan sebagai juara Kejohanan Roket Kebangsaan 2017 (KRK2017) di sini, hari ini.

Farid Afandi Norza Iskandar dan Mohd Fahmy Jamadi yang masing-masing berumur 16 tahun memenangi hadiah berupa piala, sebuah teleskop Skywatcher Star Discovery 127 serta hadiah iringan.

Dengan kemenangan itu mereka akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Roket Air Peringkat Asia Pasifik di Bengaluru, India dari 11 hingga 13 November ini.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Guru pembimbing pelajar tersebut Mohd Rozi Mat Noor berkata beliau tidak menyangka penyertaan kali ketiga kejohanan tersebut telah berjaya menobatkan pelajarnya sebagai juara keseluruhan.

“Keistimewaan roket kami berbanding roket-roket yang lain mungkin dari aspek reka bentuk yang membolehkan ia berpusing pada arah yang tepat meskipun terdapat gangguan angin,” katanya.

KRK2017 merupakan pertandingan bertemakan sains, teknologi dan inovasi dalam bidang kejuruteraan roket dimana pelajar perlu memahami konsep dan aplikasi sains sebelum menghasilkan roket air tersebut.


Pelajar dikehendaki mencipta model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat saiz 1.5 liter dengan daya kreativiti dan inovasi masing-masing. Model roket itu kemudiannya akan dilancarkan menggunakan alat pelancar roket.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 16 Sept itu adalah hasil kerjasama Planetarium Negara bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Malaya dan Majlis Amanah Rakyat dan merupakan edisi ke-15 sejak mula dilaksanakan pada 2013.

Ia disertai 38 pelajar dan 19 guru pembimbing daripada 15 sekolah menengah kebangsaan serta empat buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara. – BERNAMA

Kategori